300,000 pelajar adalah pengguna vape

- Advertisement -

PERSATUAN Pakar Perubatan Kesihatan Awam (PPKAM) pernah melaporkan dari kajian mendapati bahawa 9.1 peratus (300,000) pelajar merupakan pengguna rokok elektronik atau vape semasa; di mana daripada jumlah tersebut, 83.3 peratus (250,000) adalah pelajar lelaki manakala 16.7 peratus (50,000) pelajar perempuan. Selain daripada itu sebanyak 29.6 peratus (560,000) remaja lelaki dan 8.3 peratus (150,000) remaja perempuan pernah mencuba rokok elektronik atau vape.

- Advertisement -

Alasan utama (77.3 peratus) dalam kalangan remaja untuk memulakan penggunaan rokok elektronik atau vape adalah kerana suka dengan perisa dan bau. Lebih dari 60.0 peratus pula mula menggunakannya kerana ingin bereksperimentasi dan merasakan rokok elektronik atau vape lebih selamat dari rokok biasa (63.6 peratus).

Laporan tersebut adalah tahun 2017 lagi. Setelah 5 tahun berlalu saya yakin bahawa jumlah itu akan meningkat sekali ganda kerana melihat kepada situasi dan keluhan yang dikeluarkan oleh guru serta pihak-pihak tertentu berkaitan dengan penggunaan vape di kalangan pelajar sudah tanpa kawalan. 

Adakah guru sudah tak mampu untuk menghalangnya? Guru pun mempunyai limitasi tertentu. Mereka bukannya bertempek dengan pelajar 24 jam. Lagipun sekarang ini penjual vape menggunakan pelbagai kaedah dengan inovasi tertentu supaya aparatus vape itu tidak nampak seperti vape

Pernah satu ketika dahulu YB Menteri Pendidikan mengeluarkan arahan supaya pihak sekolah memantau dan merampas vape yang dihisap oleh pelajar. Tetapi sekali lagi arahan tersebut mungkin tidak dilaksanakan sepenuhnya di atas beberapa kekangan tertentu, antaranya adalah punca kuasa untuk merampas alat tersebut. Zaman sekarang susah untuk cikgu menegur atau bertindak lebih tegas. Nasib malang mungkin cikgu sendiri kena saman, sedangkan cikgu itu nak buat baik. Entahlah isu ini bila akan berakhir! 

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 18/1/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -