Villa beli penyerang Colombia, Duran

Pemain berusia 19 tahun yang menjadi rebutan kelab Liga Perdana Inggeris
- Advertisement -

Aston Villa mencapai persetujuan dengan Chicago Fire untuk pembelian pemain antarabangsa Colombia, Jhon Duran.

- Advertisement -

Pemain berusia 19 tahun yang mempunyai tiga caps, menjaringkan lapan gol untuk Chicago Fire musim lalu dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat.

Mengikut laporan di laman web rasmi Liga Amerika Syarikat, perjanjian itu bernilai sehingga AS$22 juta.

“Perjanjian itu tertakluk kepada pemain lulus ujian perubatan, bersetuju dengan syarat peribadi dan mendapat visa kerja yang diperlukan,” kata Villa dalam satu kenyataan.

Pasukan Midlands itu berada di tangga ke-11 Liga Perdana dengan 25 mata selepas 19 perlawanan dan berkunjung ke pasukan tercorot, Southampton, Sabtu ini. Awal bulan ini, Villa menandatangani bek kiri Sepanyol. Alex Moreno dari Real Betis. – REUTERS

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!