KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, beliau berbesar hati menerima kunjungan hormat, Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan di Pejabat Agung PAS, di sini hari ini.
“Kami berkongsi pandangan tentang pentingnya mengukuhkan hubungan baik antara Malaysia dan Singapura, seterusnya mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi dalam kalangan negara serantau,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook beliau, malam ini.
Beliau juga menjelaskan tentang dasar-dasar pemerintahan Islam terhadap masyarakat bukan Islam yang menganalkan konsep adil untuk semua.
Menurutnya, Islam juga mengutamakan perdamaian dalam hubungan antarabangsa yang perlu menjadi polisi utama terutamanya dengan negara-negara jiran.
Tuan Guru yang juga Ahli Parlimen Marang berharap semoga hubungan Malaysia-Singapura terus diperkukuhkan demi kesejahteraan negara serantau di Asia Tenggara. – HARAKAHDAILY 17/1/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!