Klopp tidak berhasrat tinggalkan Liverpool

Jurgen Klopp melatih pasukan Liverpool sejak 2015
- Advertisement -

Jurgen Klopp, tidak berhasrat meninggalkan Liverpool melainkan `terpaksa’, sambil membayangkan perubahan bakal berlaku di Anfield pada musim panas ini.

- Advertisement -

Komen pengurus berasal dari Jerman itu muncul ketika prestasi buruk melanda The Reds yang berada di tempat kesembilan dalam Liga Perdana dan 10 mata di belakang tempat empat teratas.

“Sama ada kedudukan pengurus berubah atau banyak perkara lain berubah. Melainkan seseorang beritahu (tinggalkan Liverpool), saya tidak akan pergi,” katanya.

Klopp berkata, kemungkinan ada keperluan untuk melakukan perubahan dan perkara itu akan dilihat demi masa depan seperti musim panas atau apa sahaja, tetapi bukan sekarang.

“Saya mempunyai ruang dan masa untuk memikirkannya. Kami perlu bermain bola sepak yang lebih baik sekarang.”

Klopp mengulangi bahawa tidak mungkin ada lagi pemain baharu selepas penyerang Belanda, Cody Gakpo ditandatangani bulan ini, manakala trio tengah James Milner, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain serta penyerang Roberto Firmino, akan tamat kontrak pada musim panas.

Liverpool kecundang kepada Brighton 3-0 Sabtu lalu, perlawanan yang disifatkan oleh Klopp sebagai persembahan yang sangat teruk dan mahukan pasukannya kembali kepada asas permainan untuk memperbaiki prestasi mereka.

Hari ini, Liverpool menentang Wolves dalam perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA dan sebelum perlawanan itu, Klopp menafikan terlalu setia kepada beberapa pemainnya.

“Ya, sudah tentu saya pernah mendengarnya. Saya pernah mendengarnya sebelum ini dan tidak begitu. Saya setia. Saya rasa semua orang patut setia, tetapi saya tidak terlalu setia,” katanya. – BBC FOOTBALL

- Advertisement -