Kepala, kaki dan tangan ditemukan dalam beg hitam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Satu mayat yang tidak cukup sifat dan sebuah beg hitam ditemukan oleh orang awam di kilometer 447 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran susur Rawang Selatan di sini, pagi tadi.

- Advertisement -

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar berkata polis menemukan kepala dan kedua-dua kaki dan tangan disyaki milik mangsa, dalam beg hitam itu.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mengerikan itu pada 11.44 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati mayat yang tidak sempurna itu tidak mempunyai kepala, tangan dan kaki, ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian serta tiada dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shafa’aton berkata mayat berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menyalurkannya ke balai polis berhampiran.– BERNAMA

- Advertisement -