SANDAKAN: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Sabah sentiasa cakna dengan nasib keluarga asnaf di Pulau Bum-Bum, Semporna.
Pengerusinya, Abdul Muien Mohd Noor berkata, buat pertama kalinya LKK PAS Sabah dengan kerjasama Pemuda PAS Semporna merentas lautan dalam Misi Jejak Mosway Sabah ke Pulau Bum-bum, Sabtu lalu.
“Dalam misi kali ini kami bukan sahaja memberikan sumbangan berbentuk barangan dapur tetapi kami juga turut membawa bantuan pendidikan berbentuk beg sekolah kepada anak-anak daripada keluarga yang susah,” katanya ketika dihubungi.
Sehubungan itu, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangkan bagi menjayakan misi kali ini.
Turut hadir dalam misi kali ini ialah Pengerusi LKK Pemuda PAS negeri, Huzaini Rohani dan Pengerusi LKK Pemuda PAS Semporna, Razis Asparin. – HARAKAHDAILY 17/1/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!