PAS menang 43 dari 222 kerusi dalam PRU Parlimen ke-15 baru-baru ini.
Kemenangan itu rata-rata di kerusi majoriti Melayu iaitu:
21 kerusi lebih 90 peratus Melayu.
10 kerusi lebih 80 peratus Melayu.
7 kerusi lebih 70 peratus Melayu.
4 kerusi lebih 60 peratus Melayu.
1 sahaja bawah 60 peratus Melayu iaitu di Parlimen Kuala Langat, Selangor dengan 58.69 peratus Melayu. (Kuala Langat punya 41.31 peratus pengundi bukan-Melayu).
Di kerusi Kuala Langat calon PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi (Doktor Perubatan anak tempatan yang juga ADUN Sijangkang) menang mengalahkan calon PH dan BN dengan majoriti 1,833 undi.
Walau di kerusi 58.69 peratus Melayu calon PAS mampu menang di Selangor bagaimana pula di DUN Selangor nanti?
Selangor punya 56 kerusi DUN yang mana 33 kerusi mempunyai lebih 60 peratus pengundi Melayu. Kerana itu PAS bukan cakap kosong.
Insya-Allah dengan kewibawaan calon-calon PAS dan rekod pengalaman bersih dan cemerlang ketika berada dalam kerajaan negeri satu ketika dahulu kita yakin Selangor punya potensi dan bakal menjadi negeri kelima yang akan dimenangi PAS melalui PERIKATAN NASIONAL.
Ayuh anak-anak Selangor kita bawa perubahan. Selangor perlukan kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil. Undi anda penentunya.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 17/1/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!