YEG sasar 1,000 tenaga muda, mahir haji dan umrah tempatan

Pelajar Diploma Pengurusan Haji dan Pengurusan YEG Academy yang sedang menjalani latihan praktikal di Mekah dan Madinah.
- Advertisement -

PUTRAJAYA: YEG Academy (YEG) menyasarkan untuk melahirkan seramai 1,000 tenaga muda yang berkemahiran bagi memenuhi  kehendak pasaran industri haji dan umrah di Malaysia.

- Advertisement -

Pengarah Urusan YEG, Hasan Ithnin berkata, sasaran YEG sebagai kolej pertama di Malaysia yang menghantar pelajar menjalani latihan praktikal di Mekah dan Madinah melalui Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, ia adalah bermatlamat untuk melahirkan produk graduan dalam pengurusan haji dan umrah, yang termasuk mutawif dan mutawifah.

“Peranan tenaga muda dan mahir itu melibatkan aspek pengurusan seperti menguruskan operasi di lapangan terbang, maktab penginapan dan sebagainya, selain mutawif dan mutawifah,” katanya kepada media pada Majlis Perasmian YEG Pesta Sambung Belajar #belajarteruskerja, di Hotel Doubltree by Hilton, di sini, pada Sabtu.

“Pelajar YEG bukan sekadar mempelajari aspek teoritikal, tetapi turut diberi pendedahan untuk menjalani pengalaman secara praktikal selama tiga hingga empat bulan sebagai pemain industri di Madinah,” jelasnya mengenai diploma berkenaan yang secara keseluruhan adalah selama dua tahun setengah sahaja.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah YEG, Azizulhakim Suhaimi dan Pensyarah Kanan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, PU Amin.

Relevan dengan pelajar lepasan SPM

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, program diploma berkenaan yang masih agak baharu di pasaran pendidikan Malaysia ketika ini diperkenalkan adalah selaras dengan isu terkini, yang mana 72 peratus pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tudak berminat untuk menyambung pelajaran kerana lebih tertarik untuk terus bekerja.

Hasan (tengah), Azizulhakim (kiri) dan PU Amin pada sidang media Majlis Perasmian YEG Pesta Sambung Belajar #belajarteruskerja, di Putrajaya pada 14 Jan 2023.

“Justeru, bertepatan dengan kempen YEG Pesta Sambung Belajar yang dilancarkan sejak tahun lepas lagi  dengan tanda pagar #jangansalahbidang, Diploma Pengurusan Haji dan Umrah yang pada tahun ini pula menampilkan tanda pagar #belajarterusbekerja merupakan program yang telah diinovasi agar lebih relevan dengan pelajar lepasan SPM,” ujarnya.

Katanya lagi, kegusaran pelajar dalam mendapatkan pekerjaan setelah selesai pengajian juga dapat ditangani kerana keadaan semasa kehendak industri haji dan umrah yang kian berkembang, khususnya selepas era pandemik Covid-19, yang memerlukan lebih ramai tenaga industri mahir dan muda untuk membantu dalam pengurusan jemaah haji dan umrah yang meningkat jumlahnya saban tahun.

“Pasaran industri haji dan umrah tempatan sekarang ini sangat memerlukan tenaga muda dan mahir yang mempunyai stamina kuat dan berpengetahuan tinggi.

“Sebagai contoh, lapan daripada 10 graduan  yang telah diperkenalkan kepada pemain industri yang merupakan syarikat-syarikat pelancongan Islamik seperti Andalusia Travel dan Tours dan Simply Umrah, telah diterima untuk bekerja,” katanya. 

Praktikal di Dubai, Qatar

Selain Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, YEG khusus untuk lepasan SPM juga, YEG turut menawarkan Diploma dalam Industri Penerbangan, Diploma Penguatkuasan Undang-Undang Malaysia dan Diploma Perhotelan.

“Melalui kolaborasi dengan Pusat Latihan Teknikal MEATECH sejak 2018, YEG menawarkan program-program diploma sebagai pilihan seperti Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat, Diploma Pengurusan Operasi Penerbangan, Diploma Pengurusan Penerbangan Kargo, Pra Diploma Operasi Penyelanggaraan Pesawat, dan Sijil Kemahiran Operasi Penyelenggaraan Pesawat,” katanya.

Sementara, ujarnya, Diploma Penguatkuasa Undang-Undang Malaysia yang merupakan program pertama menggabungkan pelbagai tenaga pengajar daripada pelbagai badan penguatkuasa seperti pegawai kastam, peguam dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang berkhidmat dalam lapangan masing-masing.

PU Amin

“Graduan dalam diploma  untuk dipimpin untuk membina kerjaya sama ada yang melibatkan badan berkanun atau tidak berkanun.

“Tempoh pengajian adalah selama dua tahun tiga bulan, disertai tiga bulan latihan industri dengan pengkhususan pilihan untuk terlibat dengan kerjaya yang lebih terbuka dan pelbagai seperti pegawai kastam, pegawai imigresen, pegawai majlis daerah dan pembandaran atau polis bantuan,” jelas beliau.

Dalam pada itu, menurutnya, paling menarik Diploma Pengurusan Hotel YEG yang merupakan yang pertama di Malaysia menawarkan program belajar di Malaysia dan praktikal di hotel lima bintang di Dubai dan Qatar.

“Pelajar dalam diploma sebelum ini hanya berpeluang menjalani latihan praktikal di hotel lima bintang di Malaysia sahaja, tetapi bermula tahun 2023 in, pelajar hanya menjalani latihan praktikal dalam negara selama 12 bulan, dan kemudian akan dihantar untuk sesi praktikal di Dubai dan Qatar selama 18 bulan sebelum menamatkan pengajian.

“Paling menarik, pelajar yang menjalani praktikal di sana akan dibayar gaji penuh, selain diberikan penginapan dan makanan, visa dan tiket penerbagan percuma,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/1/2023

- Advertisement -