Pod vape ancam pelajar, remaja sekolah

- Advertisement -

SELAGI Akta GEG dan kawalan vape tidak dibentangkan di Parlimen dan diluluskan oleh Ahli Yang Berhormat selama itulah saya semakin rimas dan tak boleh duduk diam dengan suasana penjualan vape dalam negara kita. 

- Advertisement -

Promosi mereka terlalu kreatif sehingga boleh menarik minat anak-anak kita untuk mencubanya. 

Pod vape seumpamanya ini sudah masuk ke sekolah dan anak remaja di sekolah mula menghisapnya. 

Atas pengaruh kawan, penagih baharu akan terjebak sama.

Guru seolah tiada kuasa untuk menyekatnya sebab tiada punca kuasa untuk disabitkan. 

Apatah lagi mereka menghisap di luar pintu pagar sekolah! 

Saya harap Rang Undang-undang Tembakau Pindaan 2023 dibentangkan sesegera mungkin oleh YBMK. 

Kita tak nak anak generasi kita semakin punah dengan rokok dan vape. 

Namun saya bersedih kerana ada pihak-pihak tertentu yang cuba mengganggu gugat draft akta yang sepatutnya sudah pun sedia untuk dibentangkan di Parlimen Mac nanti. 

Mereka sedaya upaya mahu mengubah akta tersebut untuk masukkan vape sebagai salah satu dari kaedah Harm Reduction

Isu sudah banyak dibahaskan ketika mantan YBMK sesi lalu lagi. 

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 16/1/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.