Kad Laporan Bencana Banjir Khidmat Malaysia

- Advertisement -

PUSAT Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) telah beroperasi selama satu bulan (15 Disember 2022 – 15 Januari 2023) dalam dua operasi yang berbeza iaitu Operasi Menyelamat Tanah Runtuh di Batang Kali dan  Operasi Bencana Banjir di Pantai Timur serta bencana ombak besar yang melanda Kampung Forest di Sandakan, Sabah. Ianya dipantau dan dikendalikan melalui Pusat Operasi atau Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) Pusat. 

- Advertisement -

Dalam tempoh tersebut Khidmat Malaysia telah berjaya menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,934 88.00 dalam bentuk keseluruhan jumlah bantuan yang disampaikan khususnya melibatkan banjir di negeri Kelantan dan Terengganu khususnya.

Khidmat Malaysia menggerakkan seluruh tenaga dari seluruh negara yang mana melibatkan jumlah sukarelawan seramai 6,235 orang yang terdiri daripada ahli Khidmat Malaysia peringkat negeri-negeri juga agensi di bawah Khidmat Malaysia antaranya Jabatan Amal Malaysia (JAM), Briged Muslimat Malaysia dan beberapa rakan NGO-NGO yang turut bersama antaranya Pertubuhan Kami Prihatin, Yayasan Amal Malaysia (YAM), Muslim Care Malaysia (MCM), PAPISMA, Medicom Malaysia, Alternative Riding Club (ARC)Malaysia, Syabab Care Malaysia dan juga individu-individu yang turut bersama menggembleng tenaga dan memberikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat.

Dapur Rakyat menjadi keutamaan operasi di peringkat relief yang mana hampir setiap kawasan yang terbabit dengan operasi banjir akan dibuka Dapur Rakyat bagi tujuan memberi makanan untuk petugas dan seterusnya memberi pek makanan kepada mangsa yang memerlukan. Setakat ini sebanyak 74,640 pek makanan yang disediakan oleh Yayasan Amal Malaysia.

Pasca banjir di kawasan-kawasan yang terlibat dengan bencana banjir mengakibatkan kerosakan kepada kereta dan motosikal, dengan inisiatif ARC berjaya membaiki dan menyediakan perkhidmatan ‘service’ motosikal dan berjaya menghidupkan sebanyak anggaran 267 buah motosikal. Tahniah kepada ARC.

Khidmat bakti oleh mereka yang pakar dalam bidang perubatan terutama kepada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina (PAPISMA) juga beberapa entiti lain dengan memberikan khidmat kesihatan  dan Psychology First Aid (PFA) ke rumah-rumah mangsa yang terkesan masih berjalan sehingga kini. 

Fasa terakhir, merupakan fasa Rehabilitasi kepada mangsa yang terkesan dengan bencana sedang berjalan, yang mana antaranya Projek Membaiki Rumah 3 hari berjalan di Besut dan telah siap juga akan bermula di beberapa tempat lain juga.

Akhir sekali, jutaan terima kasih buat seluruh para dermawan penyumbang sama ada dalam bentuk wang ringgit juga dalam bentuk barangan yang disumbangkan terutama pada khemah sumbangan Khidmat Malaysia di Gombak baru-baru ini. Moga jasa dan amal bakti tuan dan puan menjadi amalan kebaikan kita di akhirat kelak. Amin

Sekian, wassalam.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
16 Januari 2023 – HARAKAHDAILY 16/1/2023

- Advertisement -