Belum ada langkah atasi kemerosotan pengeluaran susu getah

- Advertisement -

PADANG TERAP: Sebelum ini Malaysia merupakan negara pengeluar utama getah dunia, namun sekarang pengeluarannya semakin merosot.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Padang Terap Nurul Amin Hamid berkata, antara faktor kemerosotan pengeluaran getah disebabkan penyakit daun, cuaca tidak menentu, peningkatan suhu dan kos pembajaan yang tinggi.

Katanya, situasi itu menyebabkan ramai penoreh terjejas disebabkan kemerosotan pengeluaran susu getah.

Oleh itu kata beliau kerajaan wajar mengambil langkah menangani masalah pengeluaran getah asli di negara ini kerana ia memberi kesan khususnya pekebun kecil.

“Sehingga sekarang belum ada sebarang langkah pemulihan yang dilakukan kerajaan untuk merancakkan semula komoditi tersebut.

“Malah keadaan lebih mencabar kerana tuntutan kerajaan menetapkan harga lantai getah sekerap kepada lebih RM3 sekilogram tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.

“Sedangkan industri tersebut menjadi sumber pendapatan utama lebih 500,000 pekebun kecil di seluruh negara,” katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah.

Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia, pengeluaran getah asli Malaysia susut 11.8 peratus kepada 28,048 tan pada November 2022 berbanding 31,795 tan (Oktober 2022).

Sementara itu banyak tempat di negara ini pokok getah didapati hanya tinggal ranting tanpa daun.

Situasi seperti itu sebelum ini hanya berlaku pada musim luruh sekali dalam tempoh setahun. – HARAKAHDAILY 16/1/2023

- Advertisement -