Arika Kubang Kerian, pemacu bandar D’Raja Al-Muhammadi

- Advertisement -

KOTA BHARU: Arika Kubang Kerian, projek berprestij yang bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri melalui Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040 untuk menjadikan Kubang Kerian sebagai Bandar Diraja Kelantan dan pelancongan warisan kebudayaan berjenama Bandar D’Raja Al-Muhammadi. 

- Advertisement -

Projek pembangunan oleh Kumpulan Malvest itu melibatkan keluasan pembinaan 1 blok pangsapuri perkhidmatan 42 tingkat dengan 26 unit ruang perniagaan dan 668 unit kediaman yang dilengkapi perabot sedia untuk didiami apabila siap kelak.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob merakamkan tahniah kepada Kumpulan Malvest yang mengusahakan projek yang bakal menjadi mercu tanda baharu dan meningkat pertumbuhan ekonomi negeri.

Menurutnya, pembangunan bandar-bandar baharu di Kelantan adalah bukti kesediaan pentadbiran negeri dalam mengharungi arus pembangunan serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi Kelantan. 

Mengulas lanjut, Dato’ Ahmad menerangkan konsep pembangunan Bandar D’Raja Al-Muhammadi adalah berlandaskan kepada pendekatan Al-Mizan untuk menghasilkan perancangan yang seimbang dari segi rohani, fizikal dan ekonomi. 

Pembangunan Bandar D’Raja Al-Muhammadi menekankan enam strategi utama merangkumi pengukuhan imej Bandar D’Raja dan Islam, kelestarian pembangunan Bandar Kubang Kerian dan pembangunan mampan Persisiran Sungai Pengkalan Datu.

Dilengkapi pakej pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan Warisan Ilmu Tok Kenali, sistem jalan raya dan pengangkutan awam yang efisien serta infrastruktur dan utiliti holistik.

“Pembangunan projek ini akan seiring dengan perancangan Kerajaan Negeri untuk membuka lebih banyak bandar baharu seperti Bandar Baharu Nilam Perdana di Pendek, Kota Bharu,  Bandar Madinah Al-Salam Kota Bharu dan bandar sukan Madinah Al-Riadhah di Bukit Merbau, Pasir Puteh. 

“Oleh itu, Kerajaan Negeri amat menggalakkan peranan dan keterlibatan sektor swasta dalam rancangan pembangunan terutama sektor perumahan dan perniagaan,” katanya ketika merasmikan pelancaran projek di Tapak Pembinaan Arika Kubang Kerian, Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian, Khamis lepas.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaannya Lee Nai Chia memaklumkan Arika Kubang Kerian ialah servis apartmen pertama yang serba siap di Kubang Kerian itu dilengkapi 45 kemudahan gaya hidup moden seperti seperti kolam renang infiniti, perpustakaan, bilik bacaan berkumpulan, gim, badminton, taman landskap dan sebagainya.

“Arika Kubang Kerian menawarkan penginapan berkualiti yang dapat memanfaatkan kakitangan dan mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) memandangkan kedudukan strategik yang berdekatan dengan kampus dan Hospital USM,” jelasnya.

Beliau berterima kasih kepada pembeli awal yang sudah pun menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dan mengalu-alukan para pelanggan baharu untuk menempah lot dengan mengunjungi pejabat dan galeri jualan di 2-2 Troika Kota Bharu atau menghubungi pegawai pemasaran di talian 017-477 0288  atau 09 – 747 8268.

Dalam majlis yang sama, Pengarah Urusan Kumpulan Malvest Tan Kian Boon turut menyumbangkan khidmat sosial korporat (CSR) bernilai keseluruhan RM15,600.00 kepada 52 asnaf miskin tegar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Demit. 

Setiap seorang asnaf menerima RM300 yang disampaikan oleh Ustaz Dato’ Ahmad dan ADUN Demit YB Dato’ Mumtaz Md Nawi. – UPKN

- Advertisement -