SRITI Tahfiz Lahad Datu muncul johan MAIS Sabah

- Advertisement -

LAHAD DATU: Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Tahfiz Lahad Datu muncul juara keseluruhan Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Peringkat Negeri Sabah 2022 yang berlangsung di SRITI An Nawawi Papar, semalam.

- Advertisement -

Penolong Kanan Ko-Kurikulum SRITI Tahfiz Lahad Datu, Ihzzam Bistari ketika dihubungi berkata, mereka menghantar 11 peserta yang menyertai pertandingan bercerita, pidato, khutbah, hafazan dan azan.

“SRITI Tahfiz Lahad Datu berjaya memperoleh enam johan dalam acara bercerita, pidato, khutbah dan hafazan cukup menjadikan kami sebagai juara keseluruhan kali ini,” katanya.

Beliau berharap, para pelajar yang terpilih ke peringkat seterusnya dapat meningkatkan dan menambah baik kualiti persembahan mereka.

Pelajar yang menjadi johan ialah Muhammad Faiq Hasanuddin (bercerita Bahasa Melayu lelaki tahap 1), Andi Ahmad Muizzuddin Zainal (bercerita Bahasa Inggeris lelaki tahap 1), Alya Fatihah Hasanuddin (pidato), Muhammad Fatih Mubarak (khutbah tahap 1), Saif Mus’ab Mursidi (khutbah tahap 2) dan Siti Nur Syahadah Subkhan (hafazan perempuan tahap 2). – HARAKAHDAILY 15/1/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!