SYARIKAT saya berminat nak buka ladang ayam telur di Terengganu tapi kami tak ada modal. Apa yang Kerajaan Negeri boleh bantu kami?
Pertama sekali kita perlu faham bahawa industri ternakan adalah suatu pelaburan. Maknanya, siapa yang berminat nak datang ke Terengganu, mereka adalah pelabur atau investor.
Pelabur maknanya mereka yang membawa sejumlah dana untuk dilaburkan di mana-mana negeri atau negara bagi membuka sesuatu projek ekonomi.
Kerajaan Negeri pula sebagai tuan rumah membantu menyediakan tapak atau tanah, kemudahan infra, kelulusan kebenaran merancang, pengecualian cukai dan lain-lain yang berkaitan.
Hasilnya pelabur boleh buat projek, menjana ekonomi dan keuntungan dalam masa yang sama rakyat tempatan dapat peluang pekerjaan.
Tak ada dalam kaedah pelaburan, pelabur mari untuk mohon dana atau modal dari tuan rumah.
Bila Kerajaan Negeri nak lulus tanah, antara aspek yang akan diteliti ialah modal berbayar sesebuah syarikat.
Kemampuan kewangan adalah kriteria penting bagi menggambarkan kebolehan sesebuah syarikat melaksanakan projek yang dicadangkan.
Kalau tak ada duit, maknanya sembang kosong. Di samping itu mereka perlu mampu mengemukakan perancangan business plan yang meyakinkan.
Ketelitian ini sangat perlu supaya Kerajaan Negeri tak meluluskan permohonan tanah kepada pihak yang tak berkelayakan atau tidak berkemampuan atau ada maksud lain di sebaliknya.
DR AZMAN IBRAHIM
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu – HARAKAHDAILY 13/1/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!