SU Akhbar MB Perlis miliki ijazah kejuruteraan

Mohamad Azreen Jumri
- Advertisement -

KANGAR: Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang kejuruteraan pembuatan Mohamad Azreen Jumri, 34, terus menetap di Perlis.

- Advertisement -

Sehingga sekarang sudah menjangkau 15 tahun menetap di negeri itu. Beliau berasal dari Sekinchan, Selangor.

Sebelum ini pernah berkhidmat sebagai tenaga pengajar dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Rendah Integrasi Islam Al-Furqan (SRIAF), Jejawi, Arau.

Sekarang memikul tanggungjawab sebagai Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri Besar (MB) Perlis, Mohd Shukri Ramli bermula bulan ini.

“Perlis negeri tenang dan damai dari sudut kehidupan, politik dan suasana. Saya jatuh hati dengan suasana di sini sebab itu memilih untuk menetap di sini selepas tamat belajar,” katanya di sini.

Azreen terlibat aktif dengan PAS di Perlis antaranya diberi amanah sebagai Penolong Setiausaha Jabatan Pilihanraya Negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan PRU14.

Pada PRU15 beliau dilantik sebagai Setiausaha Jabatan Penerangan PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN) Perlis.

Beliau juga pernah diamanahkan sebagai Setiausaha Dewan Pemuda PAS Padang Besar dan Dewan Pemuda PAS Perlis bermula 2019 hingga 2021. – HARAKAHDAILY 12/1/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!