Politik Sabah: Umno dan PH tak sehaluan?

- Advertisement -

APABILA saya membaca laporan berita yang disiarkan oleh Astro Awani bahawa SUA Umno memberikan kenyataan bahawa Umno belum putus tindakan kepada lima ADUN Sabah yang berikan sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor maka boleh kita andaikan bahawa Umno merestui keputusan dan tindakan Umno Sabah untuk menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.

- Advertisement -

Lebih memeritkan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Ketua Umno Sabah tersingkir selaku Timbalan Ketua Menteri dan tempatnya digantikan oleh Datuk Ir Shahelmey Yahya (Umno atau BN) sebagai Timbalan Ketua Menteri III (TKM) Sabah dan Menteri Kerja Raya Sabah yang baharu.

Dua orang ADUN PH dilantik menjadi anggota Kabinet. Christina Liew (PKR) ADUN Api-Api merangkap Pengerusi PH Sabah memegang portfolio Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah manakala Phoong Jin Zhe (DAP) yang juga ADUN Luyang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian.

Pelbagai persoalan timbul;

1. Adakah gabungan parti politik di peringkat Parlimen yang membentuk Kerajaan Pusat semakin goyah akibat ketidaksefahaman politik di peringkat negeri?

2. Adakah Langkah Kinabalu mendapat restu Umno atau BN dan tidak mendapat restu PH ataupun kedua-duanya merestui tetapi tidak mendapat sokongan di peringkat Negeri Sabah seperti yang ditunjukkan oleh ADUN PH dan 5 ADUN Umno atau BN?

3. Adakah Kerajaan Negeri di Semenanjung seperti di Johor dan Melaka adalah Kerajaan BN manakala di Selangor dan Pulau Pinang adalah Kerajaan PH sahaja?

Jika mengambil kira kenyataan terbaharu Bung Moktar, kemelut politik Sabah masih lagi belum selesai, belum sampai ke penghujung. Sudah tentu usaha untuk mengganggu gugat Kerajaan Sabah akan diteruskan. 

Apa yang pasti, ia bukanlah kerana kepentingan rakyat Sabah tetapi ianya untuk kepentingan politik semata-mata. Apa yang pasti juga, Umno Sabah disokong oleh Umno Pusat, kerana itu mereka tidak bimbang. 

Seperti mana yang disebut oleh Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Lee Kuok, Rakyat di Sabah sudah bosan dengan situasi politik negeri ini yang tiada kestabilan dan ia antara punca Sabah menjadi negeri mundur di Malaysia.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL 
12 Januari 2023 – HARAKAHDAILY 12/1/2023

- Advertisement -