Lautan global 2022 catat rekod suhu paling panas

Lebih 90 peratus kesan pemanasan global menuju ke dalam lautan global. (FOTO: Science Learning Hub)
- Advertisement -

MINNESOTA, Amerika Syarikat: Suhu lautan global sepanjang tahun 2022 berada pada tahap paling panas pernah direkodkan, hasil satu kajian terbaharu saintis, menunjukkan perubahan mendalam dan meluas yang telah dilakukan oleh hasil buangan kehidupan pelepasan manusia kepada iklim planet ini.

- Advertisement -

Kajian oleh pasukan saintis antarabangsa dari 16 institut di seluruh dunia mendapati bahawa lima tahun paling panas untuk lautan semuanya berlaku dalam tempoh enam tahun yang lalu dan paling panas direkod adalah pada tahun lepas.

Hasil penyelidikan saintifik itu mendapati lebih daripada 90 peratus lebihan haba yang terperangkap oleh pelepasan gas rumah hijau diserap di lautan.

Data kajian yang direkodkan bermula pada tahun 1958, menunjukkan kenaikan suhu laut yang ketara, dengan pecutan pemanasan selepas 1990.

Taufan Ian yang melanda pantai Florida menyebabkan ombak tinggi dan banjir besar melanda kawasan bandar di situ pada 29 Sept 2022 turut dikaitkan dengan kesan pemanasan global. (FOTO: ABC.net)

Kajian itu juga mendapati suhu permukaan laut adalah pengaruh besar terhadap cuaca dunia, yang mana lautan yang lebih panas membantu mengatasi cuaca ekstrem; dan ia mencetuskan taufan yang lebih kuat dengan lebih banyak kelembapan di udara, yang menyebabkan hujan yang lebih lebat dan banjir besar melanda bumi.

Air yang lebih panas juga mengembang, menaikkan paras laut dan membahayakan bandar-bandar di tepian pantai yang dihuni manusia.

uhu lautan jauh kurang dipengaruhi oleh kebolehubahan iklim semula jadi berbanding suhu atmosfera, menjadikan lautan sebagai penunjuk pemanasan global yang tidak dapat dinafikan.

Lautan di seluruh dunia kini emakin panas suhunya. (FOTO: US Navy, NOAA)

“Tenaga dan kitaran air bumi telah diubah secara mendalam disebabkan oleh pelepasan gas rumah hijau oleh aktiviti manusia, mendorong perubahan yang meluas dalam sistem iklim global,” ujar laporan oleh sekumpulan saintis antarabangsa yang diterbitkan dalam jurnal, Advances in Atmospheric Sciences.

Salah seorang saintis terbabit, Prof John Abraham dari Universiti St. Thomas, Minnesota berkata bahawa  pemanasan lautan telah membawa kepada cuaca yang lebih melampau, dan ia u mempunyai akibat yang luar biasa di seluruh dunia, lapor The Guardian.

Menggunakan rekod yang disimpan sejak 1958, analisis kajian berkenaan telah menentukan bahawa terdapat peningkatan suhu laut yang tidak dapat dielakkan, dengan pecutan pemanasan selepas 1990.

“Jika anda ingin mengukur pemanasan global, anda ingin mengukur ke mana pemanasan itu pergi, dan lebih 90 peratus pergi ke lautan.

Rumah penduduk runtuh ke dalam ombak di Rodanthe di sepanjang Tebing luar pantai North Carolina pada 2022. (FOTO: ( Cape Hatteras National Seashore /National Park Service)

“Mengukur lautan adalah cara paling tepat untuk menentukan betapa tidak seimbangnya planet kita ini. 

“Kami mendapati cuaca yang lebih ekstrem kerana lautan yang semakin panas dan itu mempunyai akibat yang sangat serius di seluruh dunia,” kongsi beliau.

Menurut beliau lagi, apabila lautan menyerap lebih 90 peratus  haba berlebihan yang dihasilkan oleh pelepasan gas rumah hijau, pemanasan lautan dan kesannya terhadap cuaca melampau akan meningkat sehingga manusia menghampiri pelepasan sifar bersih.

Seorang lagi saintis terbabit dengan kajian itu, Prof Michael Mann, dari Universiti Pennsylvania, berkata bahawa lautan yang lebih panas bermakna terdapat lebih banyak potensi untuk kejadian hujan yang lebih lebat, seperti yang terjadi pada tahun lalu di Eropah, Australia, dan kini di pantai barat AS.

Lakaran grafik menunjukkan krisis cuaca akibat pemanasan global yang teleh menyebabkan suhu lautan meningkat panas kepada rekod baharu tertinggi menjelang tahun 2022. (FOTO: The Guardian dari sumber Cheng et al, Advances in Atmospheric Sciences, 2023)

“Analisis kajian kami menunjukkan bahawa lapisan air suam yang lebih dalam di permukaan lautan.

“Ini membawa kepada intensifikasi taufan yang lebih besar dan lebih pantas – sesuatu yang juga pernah kita lihat pada tahun lalu – memandangkan angin tidak lagi menimbulkan sub-sejuk.

Hasil penemuan kajiselidik kumpulan saintis terbabit dibina berdasarkan laporan Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) pada Okt 2022 diketuai Patter Taalas, yang menunjukkan bahawa kepekatan atmosfera tiga gas rumah hijau utama – karbon dioksida, metana dan nitrus oksida – kesemuanya mencapai rekod tertinggi pada 2021.

“Data mengenai peningkatan berterusan dalam kepekatan gas penangkap haba utama, termasuk rekod pecutan dalam paras metana, menunjukkan bahawa kita sedang menuju ke arah yang salah,” kata Taalas. – HARAKAHDAILY 12/1/2023

- Advertisement -