PASRelief, Aid4Lebanon kumpul dana biayai Pusat Islam Arsal

Mohd Yusni Mat Piah
- Advertisement -

KUA LUMPUR: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) telah menjalinkan kerjasama bersama 43 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Aid4Lebanon bagi menjayakan misi kemanusiaan di Arsal, Lebanon.

- Advertisement -

Pengarahnya, Mohd Yusni Mat Piah berkata, pihaknya memulakan langkah dengan membiayai tingkat ketiga bangunan Pusat Islam Arsal itu.

Katanya, tingkat itu akan dijadikan sebagai tempat mempelajari ilmu buat anak pelarian Palestin dan Syria di situ.

Menurutnya, ini kerana pendidikan adalah agen transformasi sosial yang akan mewajahkan bentuk peradaban manusia.

“Anak-anak pelarian di Arsal ini juga mempunyai hak untuk menuntut ilmu seperti anak-anak yang lain.

“Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk memenuhi hak mereka semampu kita,” katanya.

Tambahnya lagi, orang tua di sana tidak mampu untuk bekerja.

Justeru, kata beliau dengan adanya Pusat Islam Arsal itu, sedikit sebanyak membantu masyarakat setempat dalam memahirkan kemahiran yang ada pada mereka.

Katanya, tingkat ketiga yang hampir siap dibiayai oleh PASRelief dan Aid4Lebanon itu akan dimanfaatkan sebagai masjid, sekolah, dapur, pusat jahitan, makmal komputer, pejabat pengurusan mangsa perang dan banyak lagi.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun PASRELIEF Maybank  564070612333 atau melalui https://infaqpay.my/plus/dana-pusat-islam-arsal-pasrelief – HARAKAHDAILY 11/1/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!