SAYA mendapat beberapa laporan dan aduan bahawa satu promosi secara besar-besaran berkaitan jualan arak jenama Carlsberg di ruang legar Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya.
Aduan-aduan tersebut adalah dari pengunjung-pengunjung Muslim ke Sunway Carnival Mall dan menimbulkan rasa ketidakselesaan di kalangan mereka.
Mempromosikan secara besar-besaran dan jualan terbuka begini juga ibarat mencabar sensitiviti umat Islam yang sensitif dengan arak.
Selain itu, umum mengetahui arak memabukkan dan mengundang permasalahan besar sementelahan banyak kes-kes jenayah jalan raya yang meragut nyawa disebabkan oleh pemandu mabuk.
Jika dikaitkan khusus dan implikasi di atas, Sunway Carnival Mall mempromosi arak untuk orang mabuk dan dibaratkan mempromosi jenayah jalan raya yang akan meragut nyawa orang lain lagi.
Oleh itu, mengambil kira natijah arak yang memabukkan tidak mendatangkan faedah malah masalah, justeru saya Ahli Parlimen Permatang Pauh yang mana Sunway Carnival Mall juga di bawah kawasan Parlimen saya membantah sekerasnya penjualan arak secara terbuka dan bertindak untuk menutup promosi tersebut dengan kadar segera.
Akhir sekali, menjaga sensitiviti umat Islam dan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini sepatutnya menjadi keutamaan mana-mana entiti.
Mempromosi arak juga berselisihan dengan prinsip Rukun Negara yang ke-5 iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.
Jelas arak yang memabukkan manusia ini akan menghilangkan rasa waras dan pertimbangan selepas dari meminumnya kemudian akan melakukan perkara tidak sopan.
USTAZ MUHAMMAD FAWWAZ MOHAMAD JAN
Ahli Parlimen Permatang Pauh – HARAKAHDAILY 10/1/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!