PRN15: PERIKATAN NASIONAL sasar 30 kerusi DUN Selangor

Wan Hasrina Wan Hassan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PERIKATAN NASIONAL (PN) menyasarkan mampu memenangi tidak kurang daripada 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam  Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 yang dijangka berlangsung pada awal Mac atau Mei, atau selewat-lewatnya Jun tahun ini. 

- Advertisement -

Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan berkata demikian  sambil menegaskan sehubungan itu, PN diyakini mampu menubuhkan kerajaan di negeri Selangor. 

“Kalau kita melihat kepada senario PRU15  yang lepas (pada Nov 2022), insya-Allah kita yakin PERIKATAN NASIONAL dapat menguasai DUN Selangor dalam PRN15 kelak,” ujarnya kepada HarakahDaily

PRN15 yang dijangka dijangka berlangsung kurang daripada enam bulan lagi akan membabitkan negeri Selangor, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. 

Menjelaskan lebih lanjut Wan Hasrina memberitahu, dalam menghadapi PRN kali ini, pihaknya selaku jentera wanita PAS/PN Selangor sedang giat memperkemaskan lagi jentera PN.

“Selain memantapkan jentera wanita PAS/PN Selangor, kerjasama antara PAS dan Bersatu serta Gerakan turut dilakukan.

“Kita turun ke setiap DUN yang ada di negeri Selangor bagi mendapatkan semaksimum mungkin pengundi-pengundi Umno yang cukup kecewa dengan penggabungan antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) yang telah membentuk kerajaan pada hari ini  selepas berlangsungnya PRU15 Pada Nov lalu itu,” jelasnya.

Tambah beliau, gerak kerja jentera wanita PAS/ Perikatan Nasional (PN) juga turut ditumpukan kepada  golongan anak muda.

“Hal ini memandangkan Selangor merupakan salah satu negeri yang mempunyai pengundi termuda yang paling ramai. Jadi, Insya Allah banyak gerak kerja yang PAS/PN sedang giat lakukan pada masa kini. 

“Kita lihat, pengundi-pengundi muda lebih terdorong kepada PN kerana golongan ini yakin dengan kebolehan dan kemampuan jentera PN untuk membentuk kerajaan,” tegasnya lagi.

Menurutnya, justeru, slogan yang sama masih digunakan, iaitu PN BEST yang bertemakan Prihatin, Bersih dan Stabil. 

“Hal ini dapat dibuktikan  melalui rekod ahli-ahli parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), terutama negeri-negeri yang dikuasai oleh PAS menunjukkan rekod yang cukup cemerlang dan bersih. 

“Insya-Allah gerak kerja ini akan berterusan sehingga berlakunya pilihan PRU15 Selangor kelak,” ujarnya. 

Alternatif kekal menang, tambah pengundi

Dalam pada  itu, bagi Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi pula berkata, antara persediaan yang dilakukan oleh jentera PAS/PN Selangor untuk menghadapi PRU15 jentera parti sedang meneliti kawasan DUN yang telah dimenangi PN dalam PRU15. 

“Jentera ini akan mencari alternatif yang lebih berkesan untuk mengekalkan kemenangan di 16 kawasan yang telah dimenangi oleh PN dan menambahkan lagi bilangan pengundi yang akan menyokong PAS/PN di Selangor,” tegasnya.

Ahmad Yunus Hairi

Justeru, beliau turut memberitahu, bagi memperkasakan lagi jentera PN Selangor agenda perpaduan ummah diteruskan agar kemenangan dapat dikuasai oleh PN dan seterusnya dapat merampas Selangor daripada dikuasai oleh PH. 

Pada masa ini, ujar beliau, PAS/PN turut menekankan agenda sokongan daripada golongan anak muda dan pengundi yang kali pertama keluar mengundi. 

“Selain itu, PAS/PN juga bergiat aktif mendapatkan sokongan daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengundi-pengundi BN/ Umno dan PH yang yang cukup kecewa dengan penggabungan antara BN dan PH yang telah membentuk kerajaan pada hari ini selepas berlangsungnya PRU15,” katanya.  – HARAKAHDAILY 9/1/2023

- Advertisement -