Negeri lain wajar jejaki langkah Kedah

- Advertisement -

KANGAR: Tindakan kerajaan Kedah menutup premis judi dengan menjejaki langkah Kelantan dan Terengganu wajar diikuti negeri-negeri lain.

- Advertisement -

Kelantan, Terengganu dan Kedah membuktikan kuasa politik yang ada dimanfaat dengan melaksanakan peraturan tersebut selaras saranan agama.

Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Muslimat PAS Malaysia, Husna Hashim berkata, semua agama di dunia menolak amalan berjudi kerana ia boleh meruntuhkan institusi negara.

Katanya aktiviti judi boleh memusnahkan individu, institusi keluarga, kreadibiiti sesorang.

“Mereka yang kalah judi boleh merompak, meragut kerana mereka mahu mendapatkan duit dengan cara mudah tanpa menghiraukan masyarakat di sekeliling,” katanya di sini.

Di Kedah mulai 1 Januari lepas tiada lagi premis perjudian selepas lesen premis tidak lagi dikeluarkan kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan.

Husna juga berkata, Perlis yang baharu diterajui PERIKATAN NASIONAL (PN) boleh mengikuti jejak langkah tersebut.

“Insya-Allah peraturan tersebut sangat bagus, jadi kita memberi sokongan penuh berkaitan usaha menghapus premis judi di Perlis,” katanya.

Baru-baru ini Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, pihaknya sedang meneliti perkara berkitan undang-undang bagi mengikut jejak langkah kerajaan Kedah.

“Perancangan untuk menutup pusat perjudian ada, ia bagi memastikan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera,” katanya selepas Majlis Amanat Menteri Besar Bersama Penjawat Awam Perlis 5 Januari lepas. – HARAKAHDAILY 9/1/2023

- Advertisement -