Bantuan modal niaga PUTERA di semua DUN

- Advertisement -

BANTUAN modal niaga melalui Dana Peniaga dan Usahawan Negeri Terengganu (PUTERA) melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dilaksanakan di semua kawasan DUN. 

- Advertisement -

Tepoh tidak berkecuali. Cuma kita jarang pamerkan ke luar. 

Tetapi acap kali kena sentuh dalam hantaran laporan kerja YB yang lain. Nampaknya kena periuh sokmolah

Kita hasrat nak selesai peringkat dalaman DUN sahaja. Walaupun disimpan gambar-gambar bersama usahawan-usahawan ini.

Gambar-gambar ini, antara usahawan jalanan yang dibantu melalui pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tepoh. 

Kiosk niaga yang diusahakan tiga beradik dalam urusniaga makanan pagi di Kampung Bukit Guntong. 

Saya jenguk kembali, untuk melihat perkembangan niaga adik beradik ini. 

Semua memberikan maklum balas positif atas perniagaan yang dijalankan. 

Saya ucapkan syabas dan tahniah atas usaha yang dijalankan oleh ketiga-tiga beradik ini. 

Semasa saya singgah, semua hidangan sudah habis terjual. 

Nanti kita update setiap bantuan niaga yang disampaikan melalui Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tepoh sama ada melalui Skim PUTERA atau di bawah Pusat Khidmat sendiri.

YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
ADUN Tepoh – HARAKAHDAILY 9/1/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!