40 maut, 78 cedera dalam nahas bas di Senegal

Keadaan dua bas yang bertembung antara satu sama lain di Gniby, Senegal, pada 8 Jan 2023. (FOTO: AP)
- Advertisement -

DAKAR, Senegal: Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dan 78 yang lain cedera dengan sebahagian daripadanya parah dalam nahas bas di tengah Senegal. 

- Advertisement -

Presiden Macky Sall tweet pada Ahad (8 Jan), waktu tempatan, berkata bahawa kemalangan itu berlaku di kampung Gnivy, di wilayah Kaffrine, kira-kira jam 3:30 pagi, lapor Npr.org.

“Saya amat sedih dengan kemalangan jalan raya yang tragis hari ini di Gniby yang menyebabkan 40 kematian dan banyak kecederaan serius. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap agar mereka yang cedera cepat sembuh,” ujarnya.

Beliau sehubungan itu, mengisytiharkan tiga hari berkabung mulai Isnin (9 Jan) dan berkata akan mengadakan mesyuarat antara kementerian untuk membincangkan langkah keselamatan jalan raya.

Sementara, Pendakwa raya Cheikh Dieng berkata, nahas berlaku di Jalan Nasional No. 1 apabila sebuah bas awam pancit tayar dan terbabas ke seberang jalan, bertembung dengan bas lain yang datang dari arah bertentangan. 

“Sekurang-kurangnya 78 orang cedera, sebahagian daripada mereka parah,” katanya.

Imej nahas berkenaan yang tukar di media sosial menunjukkan bas yang rosak merempuh sebuah lain antara satu sama lain dan kesan serpihan di sepanjang jalan.

“Kemalangan lalu lintas kerap berlaku di negara Afrika Barat kerana jalan raya yang teruk, kereta yang buruk dan pemandu tidak mematuhi peraturan,” kata penduduk tempatan.

Pada 2017, sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh apabila dua bas turut terhempas. Ramai daripada mereka sedang menuju ke bandar tengah Touba untuk ziarah tahunan Muslim. – HARAKAHDAILY 9/1/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!