‘Pemuda yang kita didik memimpin masa depan negara’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pemuda yang dididik dan berikan tunjuk ajar akan memimpin masa depan negara nanti.

- Advertisement -

Menurut Presiden PAS itu, kedudukan dan posisi besar anak muda diinspirasikan daripada penamaan satu surah dalam al-Quran iaitu Surah al-Kahf.

Katanya, dalam keadaan hari ini, anak muda tidak boleh terus dihanyutkan dan tenggelam dalam lautan dunia yang penuh cabaran dan ujian.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau menegaskan pemuda mesti menjadikan Islam sebagai petunjuk.

Tambahnya, pada masa yang sama mengukuhkan Islam dalam aspek bernegara sehingga Islam benar-benar memimpin.

Tuan Guru berkata, umat Islam mestilah memimpin negara dengan peranan yang sangat signifikan oleh anak muda dari sudut sokongan jua dukungan.

“Insya-Allah, pemuda hari ini yang kita didik dan berikan tunjuk ajar inilah yang akan memimpin masa depan negara kita nanti,” ujarnya lagi.

Beliau turut memuat naik foto-foto kunjungan daripada pelajar Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Tok Jiring dan penyokong serta pendukung PAS dari Baling, Kedah selepas Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, hari ini.

“Terima kasih atas kunjungan ke teratak saya di Rusila,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. – HARAKAHDAILY 6/1/2023

- Advertisement -