Pihak berkuasa Saudi rampas 3 juta pil amphetamine

Tiga lelaki ditahan pihak berkuasa Arab Saudi rampasan lebih 3 juta pil amphetamine yang cuba diseludup masuk ke negara itu. (FOTO: SPA)
- Advertisement -

RIYADH: Pihak berkuasa di Arab Saudi berjaya menggagalkan percubaan untuk menyeludup lebih 3 juta pil  amphetamine ke dalam negara itu.

- Advertisement -

Direktorat Am Kawalan Dadah Saudi, Mejar Mohammed Al-Nujaidi dalam satu kenyataan pada Rabu (4 Jan) berkata bahawa ketika melakukan ‘tindakan keselamatan rangkaian penyeludupan dan promosi dadah yang menyasarkan keselamatan negara dan golongan belia’, pihak berkuasa berjaya menggagalkan percubaan untuk menyeludup 3,049,451 pil amphetamine yang tersembunyi di dalam petak trak.

Al-Nujaidi berkata operasi itu dilakukan dengan penyelarasan dengan Pihak Berkuasa Zakat, Cukai dan Kastam, sambil menambah bahawa tiga warga Arab Saudi telah ditangkap di ibu negara, Riyadh, dan di Wilayah Timur.

“Langkah undang-undang awal telah diambil terhadap mereka dan  telah dirujuk kepada Pendakwa Raya,” kata Al-Nujaidi. – HARAKAHDAILY 5/1/2023

- Advertisement -