Mengurangkan dan menghapuskan

- Advertisement -

MENGURANGKAN dan menghapuskan, ada beza yang sangat besar. Contoh ayat:

- Advertisement -

Mengurangkan cabutan judi. Maksudnya, judi masih ada, tapi jumlah cabutan menjadi kurang. Tetapi belum tentu jumlah kutipan cukai judi juga kurang. Pernah terjadi di Malaysia, cabutan judi dikurangkan, namun jumlah cukai bertambah dengan berkali ganda.

Dosa sebagai pemimpin nombor satu iaitu orang yang paling berkuasa kerana sengaja membiarkan aktiviti judi berjalan juga tidak terhapus atas apa alasan sekalipun, kecuali pemerintah itu tidak mempunyai kuasa penuh, seperti PAS dalam Kerajaan Pusat sebelum ini.

Menghapuskan judi pula maksudnya, semua kegiatan judi ditiadakan terus dengan kuasa pemerintahan yang ada, di kawasan yang dikuasai. Tidak perlu juga bincang berkenaan kutipan cukai judi, kerana aktiviti judi telah dihapuskan.

Sesiapa yang berniat semasa PRU, untuk memilih calon yang berjanji menghapuskan judi, menjalankan perintah Allah yang lain atas kuasa yang dia mampu dan niatnya kerana Allah, pastinya dikira pahala oleh Allah. 

Sedangkan mengalihkan duri di jalan yang membawa mudarat itu juga ada pahalanya, apa lagi menghilangkan mudarat yang membawa kecelakaan yang lebih besar kepada masyarakat, keluarga, diri. Pastinya berganda-ganda pahalanya menghapuskan dosa besar yang disebut dalam kitab Allah.

Begitulah parti yang berteraskan agama, membuat janji, mengemukakan dalil dari kitab Allah dan Hadis Rasulullah, telah membuktikan penghapusan judi di dua buah negeri yang PAS mempunyai kuasa penuh. Kini negeri ketiganya, Kedah, turut mengikut jejak langkah dua abangnya sebelum ini, menghapuskan judi sepenuhnya.

PAS insya-Allah jika mempunyai kuasa penuh, akan menunaikan janji yang telah kita buat. PAS bukan bacul dengan sentiasa beralasan untuk mengelakkan diri dari menunaikan janji-janji kerana Allah membenci golongan memungkiri janji. Tetapi adakalanya PAS tidak mampu kerana kurang kuasa. Lihat di Perak dahulu, PAS gagal menghapuskan judi kerana DAP berkuasa 18 kerusi melebihi PAS yang hanya ada enam kerusi dan DS Nizar diperkenan Tuanku Sultan Perak menjadi Menteri Besar kerana tiada Melayu dalam DAP. Sementara PKR tiada calon yang sesuai.

Ketika itu PAS banyak bergerak dalam keadaan tersepit. DAP menggunakan sepenuhnya kuasa majoriti mereka. PAS lebih dilihat menjadi Pak Turut. Oleh itu mana mungkin PAS boleh menghapuskan judi kerana premis judi itu semuanya dimiliki oleh kaum Cina dan India. Mereka menjaga kepentingan sesama mereka. Mereka tiada pahala dosa, tetapi keuntungan dunia. Sebab itu mereka akan menyokong bangsa mereka.

Bagi PAS, ia tidak sukar menolak segala yang Allah larang, walaupun kerugian dunia. PAS tidak takut miskin, tidak takut rugi dunia. PAS mengira akaun akhirat dahulu sebelum akaun dunia. Apa-apa sahaja yang memberikan keuntungan akhirat, PAS akan mengambilnya dahulu, semampu yang boleh. Dan keuntungan dunia, akan hadir sendiri jika keuntungan akhirat dijaga. Ini janji Allah dan PAS amat meyakininya.

Kepada pihak lain, cukuplah bercakap mengenai dosa pahala sebagai pemerintah, jika tidak berani melakukan melebihi apa yang telah PAS lakukan dalam lapangan politik ini. Jangan dilupakan juga, serangan musuh terhadap sistem pendidikan PAS, adalah sekadar membuktikan lagi senarai kejayaan PAS dalam mendidik masyarakat. 

Isu elaun guru PASTI yang cuba mereka gugatkan, silibus PASTI yang dikatakan sebagai mengajar pelajar membenci pemerintah lawan PAS, adalah sekadar ulangan tuduhan Tun Mahathir lebih 20 tahun dahulu, yang mana PKR dan PAN sendiri menjadi perisai kepada PASTI waktu itu, kerana masih bersama PAS. Sedangkan silibus yang digunakan sekarang, adalah silibus yang sama. Sama seperti mereka menyokong sepenuh hati penghapusan judi oleh Kerajaan PAS dahulu.

Sekali air bah, sekali pantai berubah… begitulah.

MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 4/1/2023 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -