Sifar judi di Kedah dilaksana untuk kesejahteraan

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Negeri (DPPN) Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan melahirkan rasa syukur di atas pencapaian besar Kerajaan Negeri Kedah mengikut jejak langkah Kelantan dan Terengganu dalam usaha menghapuskan judi demi kesejahteraan rakyat.

- Advertisement -

Bermula 1 Januari 2023, semua premis judi tidak lagi dibenarkan operasi berdasarkan pengumuman YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 14 November 2021 bahawa tidak lagi memberi kelulusan lesen premis perjudian.

Pihak kami yakin dan pasti apabila judi yang menjadi salah satu ‘penyakit kehidupan’ dalam masyarakat dibanteras, banyak individu dan keluarga dapat diselamatkan malah keberkatan dan kerahmatan Allah S.W.T akan dinikmati kita semua. 

Sudah tentu keputusan tersebut melegakan semua pihak apabila Kerajaan PAS-PN mengotakan janji mengambil tindakan tersebut bagi mengelak mudarat lebih besar dalam kalangan masyarakat selain mencapai sasaran sifar judi dengan menamatkan sepenuhnya bermula tahun baharu 2023. Kekalkan Kerajaan PAS-PN untuk terus memerintah Kedah dalam PRN nanti.

Dalam pada itu, Pemuda PAS Perak juga menyatakan sokongan ucapan YAB Menteri Besar Perak dalam Sidang Dewan Negeri Perak pada 22 Disember 2022 untuk menghapuskan judi di muka bumi ini. Insya-Allah Negeri Perak mesti mengambil langkah yang sama dan segera ke arah sifar judi di negeri ini.

“Pemuda Generasi Sejahtera”
“Demi Ummah”

Sekian, terima kasih

USTAZ HAFEZ SABRI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 3/1/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!