Pengaruh liberal dalam bidang kesihatan?

- Advertisement -

BESAR cabaran kita apabila WHO sendiri mengeluarkan kegiatan perbuatan seks bebas seperti Homoseks itu bukan sejenis penyakit. Tetapi memasukkan komplikasi kepada kegiatan itu seperti HIV dan penyakit berjangkit kelamin sebagai satu kategori penyakit. 

- Advertisement -

Sebelum ini dalam International Classification of Diseases (ICD 10), kecelaruan gender (Gender Incongruence) duduk dalam kategori mental dan behavioural disorder. Selepas ini nanti review semula dalam ICD 11, kecelaruan gender akan duduk bawah kategori conditions related to sexual health.

Kenapa WHO ubah? Kerana alasannya untuk elak stigma tambahan pada golongan tersebut. Berikut kenyataan WHO;

“2020, we have a better understanding of the issues surrounding this condition, and they are not related to a mental health condition. Treating gender incongruence in a mental health chapter was causing additional stigma for an already stigmatized condition. WHO officials added the hope that adding this condition to a sexual health chapter of the ICD codes would “help increase access to care for health interventions” and “destigmatize the condition.””

Bahkan bukan setakat itu sahaja, di negara Barat sudah pun diiktiraf Penjagaan Kesihatan Pengukuhan Gender (gender-affirmative health care). GAHC ini membantu individu trans (menukar jantina) supaya berupaya menghadapi cabaran hidup yang mungkin dihadapi sama ada sudut social, psychological, tingkah laku atau bantuan perubatan (seperti rawatan hormon atau surgeri).  

Saya cukup bimbang jika perkara yang sama yang sejak sekian lama diperjuangkan oleh golongan liberal di luar sana terus menyerap masuk dalam negara kita. Ya, sebagai doktor mungkin kita akan merasa pasrah dan terlalu ‘desperate’ sehingga tidak boleh berbuat apa-apa dek kerana kita mempunyai etika kedoktoran. Doktor tidak boleh mendiskriminasikan pesakit yang telah terstigma dalam suasana orientasi seks mereka. Namun jauh di lubuk hati kita sebagai seorang manusia dan juga mempunyai nilaian adat budaya serta pegangan agama perlu mengembalikan dan membawa mereka supaya tidak terikut-ikut dengan budaya Barat tersebut. 

Adakah salah daku berpegangan sedemikian? atau masih lagi dituduh sebagai pendiskriminasi atau penghukum? Tolong betulkan pandangan saya!

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 3/1/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -