Fakta Statistik kehebatan Pele

Pele di Stadium Santiago Barnabeu sebelum perlawanan antara Real Madrid dan Real Zaragoza pada 2005
- Advertisement -

Fakta mengenai statistik kehebatan bekas penyerang Brazil, Pele, yang meninggal dunia pada usia 82 tahun:

- Advertisement -
  • Memenangi tiga gelaran Piala Dunia bersama Brazil pada 1958, 1962 dan 1970 – satu-satunya pemain yang memenangi pertandingan itu sebanyak tiga kali.
  • Menjadi pemain termuda memenangi Piala Dunia pada usia 17 tahun, rekod yang masih kekal.
  • Menjaringkan 757 gol dalam 812 perlawanan rasmi untuk kelab dan negara, rekod yang bertahan selama beberapa dekad sehingga pemain Portugal, Cristiano Ronaldo mengatasi jumlah itu.
  • Persatuan Bola Sepak Brazil (CBF) dan Santos menyatakan bahawa Pele menjaringkan sebanyak 1,283 gol dalam 1,367 perlawanan. Bagaimanapun, FIFA meletakkan 1,281 gol dalam 1,366 perlawanan. Sumber lain memberikan angka yang berbeza-beza bergantung pada jenis permainan yang disertai.
  • Menjaringkan 77 gol dalam 92 perlawanan rasmi untuk Brazil – penjaring gol terbanyak sepanjang zaman negara itu. Neymar menyamakan rekod itu dengan menjaringkan gol ke-77 pada Piala Dunia 2022.
  • Menjaringkan 12 gol dalam Piala Dunia.
  • Melakukan enam bantuan di Mexico 1970 – rekod untuk satu Piala Dunia.
  • Menjaringkan 92 hatrik meliputi permainan rasmi dan tidak rasmi.
  • Menjaringkan 127 gol untuk Santos pada tahun 1959, dianggap sebagai gol terbanyak yang dijaringkan oleh pemain kelab dalam setahun.
  • Penjaring terbanyak Santos dengan 643 gol dalam 659 perlawanan kompetitif.
  • Memenangi Serie A Brazil sebanyak enam kali bersama Santos (1961-1965 dan 1968).
  • Mengetuai Santos memenangi dua gelaran Copa Libertadores (1962 dan 1963). – REUTERS