KUALA LUMPUR: Matlamat kerajaan bukan untuk bagi sesiapa ‘terduduk’ tetapi membantu rakyat tanpa mengira pegangan politik, kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.
“Semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan PERIKATAN NASIONAL (PN) memegang kuasa, kita prihatin menjaga kebajikan semua rakyat dan kita langsung tak pernah terniat supaya PH ‘terduduk’. Tak kira PN atau PH, semua kita bantu,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.
Menurutnya, itulah beza kerajaan PN yang adil dan PH-BN yang angkuh dan tidak kompeten.
Beliau berkata, sifat angkuh PH-BN itulah yang menyebabkan mereka sentiasa salah target.
Tambahnya, target sebenar sepatutnya menghasilkan idea bantu rakyat.
Bagaimanapun, ujarnya tetapi disebabkan angkuh, target PH-BN masih lagi hendak membalas dendam jika ada orang kritik mereka.
Akibatnya, kata beliau idea penyelesaian masalah rakyat masih belum ada.
“Sepatutnya pada masa ini, lihatlah bagaimana nak mulakan supply-side reform supaya kita ada penyelesaian jangka panjang berkaitan harga barang,” ujarnya yang juga
Belaiua menambah, dasar berkaitan insentif, percukaian, subsidi, peraturan eksport, semuanya adalah perkara yang boleh kerajaan gunakan untuk bantu rakyat.
“Sekiranya Rafizi terus menerus angkuh, saya cadangkan Anwar Ibrahim gantikan dia dengan Dato’ Johari Abdul Ghani,” katanya yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor.
Menurutnya, Johari jauh lebih berwibawa dan tidak kebudak-budakan sehingga hendak membuat sesiapa ‘terduduk’ semata-mata sebab dendam politik. – HARAKAHDAILY 28/12/2022
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!