Liverpool tandatangan penyerang Belanda, Gakpo

- Advertisement -

Liverpool bersetuju untuk menandatangani penyerang Belanda, Cody Gakpo dari PSV Eindhoven.

- Advertisement -

Mengikut kenyataan kelab Eredivisie itu, semalam, Gakpo yang berusia 23 tahun menjaringkan tiga gol untuk Belanda dalam Piala Dunia di Qatar, ketika pasukan itu ditewaskan oleh Argentina pada suku akhir.

Bagaimanapun, kelab itu tidak mendedahkan bayaran perpindahan tetapi media British melaporkan ia adalah sekitar antara 40 hingga 50 juta Euro (RM188 juta hingga RM235 juta).

Pengurus Besar PSV, Marcel Brands, berkata yuran perpindahan akan menjadi rekod untuk kelab itu.

Dilahirkan di Eindhoven, Gakpo adalah pemain yang dihasilkan dari Akademi PSV dan membuat penampilan sulung dalam pasukan utama PSV pada Februari 2018.

Gakpo yang bapanya adalah keturunan Togo-Ghana, manakala ibunya Belanda, bermain bola sepak antarabangsa remaja untuk Belanda mulai peringkat bawah 18 hingga bawah 21 tahun. Dia membuat penampilan sulung antarabangsa pasukan kebangsaan pada Jun 2021 di Euro 2020.

Pada musim 2021–22, Gakpo memenangi Anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Belanda selepas menjaringkan 21 gol dalam 47 perlawanan semua pertandingan. – REUTERS

- Advertisement -