Soroton: 10 atlet terbaik dunia 2022

Gu Ailing
- Advertisement -

BEIJING: Berikut ialah senarai 10 atlet terbaik dunia 2022 yang menjadi pilihan Agensi Berita Xinhua:

- Advertisement -

1. Gu Ailing (China, ski gaya bebas)
Gu meraih pingat emas dalam acara big air dan halfpipe dan perak dalam acara slopestyle di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, sekali gus muncul sebagai pemain ski gaya bebas pertama yang memenangi tiga pingat dalam tiga acara berbeza dalam satu Sukan Olimpik Musim Sejuk.

2. Lionel Messi (Argentina, bola sepak)
Messi membantu Argentina memenangi Piala Dunia di Qatar selepas 36 tahun dan merangkul Anugerah Bola Emas. Bintang bola sepak ini juga muncul sebagai pemain paling kerap beraksi Piala Dunia dengan 26

3. Irene Schouten (Belanda, speed skating)
Peluncur Belanda Schouten meraih pingat emas dalam acara 3,000m, 5,000m di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing. Pada Mac, Schouten memenangi gelaran Allround di Kejohanan Luncur Ais Dunia di Hamar, Norway.

4. Eliud Kipchoge (Kenya, olahraga)
Kipchoge yang berusia 38 tahun mencatat rekod dunia di Maraton Berlin dengan catatan masa 2 jam, 1 minit dan 9 saat, meleburkan rekod lama yang dipegangnya dari 2018.

5. Armand Duplantis (Sweden, olahraga)
Duplantis memecahkan rekod dunia lompat bergalah lelaki sebanyak tiga kali pada musim 2022, memenangi 18 daripada 19 pertandingan yang disertainya dan melepasi lompatan setinggi enam meter sebanyak 23 kali. Beliau memperbaharui rekod dunia dengan 6.21 meter pada Kejohanan Olahraga Dunia pada Julai.

6. Karim Benzema (Perancis, bola sepak)
Benzema merangkul Ballon d’Or 2022 selepas aksi cemerlang bersama Real Madrid yang menyaksikan gergasi Sepanyol itu memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara UEFA. Beliau juga muncul sebagai penjaring terbanyak dalam kedua-dua kejohanan domestik dan benua.

7. Rafael Nadal (Sepanyol, tenis)
Nadal merangkul gelaran ke-14 Terbuka Perancis menjadikannya pemain pertama dalam era kejohanan Terbuka yang memenangi 22 gelaran Grand Slam.

8. Katie Ledecky (Amerika Syarikat, renang)
Ledecky memenangi 800m gaya bebas wanita di Kejohanan Dunia FINA di Budapest untuk merangkul kejuaraan kelima berturut-turut dalam acara itu. Dalam kejohanan ini, pemain berusia 25 tahun itu merangkul empat pingat emas dan turut memecahkan rekod dunia dalam acara 1,500m dan 800m gaya bebas.

9. Iga Swiatek (Poland, tenis)
Swiatek memenangi lapan kejuaraan termasuk Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada 2022. Pemain berusia 21 tahun itu menamatkan musim ini sebagai pemaian wanita No.1 dunia.

10. Max Verstappen (Belanda, Formula Satu)
Verstappen dari Red Bull muncul sebagai juara dunia selepas memenangi Grand Prix Jepun 2022. Beliau meraih rekod kemenangan ke-14 dalam satu musim F1 dengan menjuarai Grand Prix Mexico City, mengatasi rekod 13 kemenangan yang dipegang Michael Schumacher dan Sebastian Vettel. Kemenangan yang dicapai Verstappen di Abu Dhabi menjadikan ia kejuaraan ke-15 yang diperoleh dalam satu musim. – BERNAMA

- Advertisement -