‘Terharu kerana mereka dijaga, dirawat anak menantu’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad melahirkan rasa sangat gembira dan terharu mereka yang uzur yang diziarahi dijaga dan dirawat oleh anak menantu

- Advertisement -

Beliau menyatakan demikian menerusi laman sosialnya malam tadi susulan meneruskan aktiviti ziarah bertemu insan-insan yang uzur di Sungai Dungun.

“Alhamdulillah, saya rasa sangat gembira dan terharu kerana mereka semua dijaga dan dirawat oleh anak menantu dengan begitu baik dan prihatin.

“Kebajikan ibu ayah dijaga sebaik mungkin. Benarlah bahawa kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah sepanjang masa,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai.

Menurutnya, ternyata hari ini mereka telah membalas jasa ibu dan ayah yang telah menjaga dan merawat mereka sejak kecil hingga dewasa.

Sehubungan itu, beliau mendoakan semoga mereka semua diberikan kesihatan dan dipanjangkan usia dengan segala kebaikan.

Beliau yang ditemani rakannya, Sufian sempat menziarahi enam keluarga di Sungai Dungun dan Selinsing. – HARAKAHDAILY 22/12/2022

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -