Croatia tempat ketiga Piala Dunia, tewaskan Maghribi 2-1

Pemain Croatia meraikan kejayaan menduduki tempat ketiga Piala Dunia
- Advertisement -

Croatia menewaskan Maghribi 2-1 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Dunia untuk memastikan menduduki kelompok tiga teratas dalam Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.

- Advertisement -

Naib juara Piala Dunia 2018, Croatia turut menduduki tempat ketiga dalam Piala Dunia 1998, menewaskan Belanda 2-1.

Josko Gvardiol meletakkan Croatia di hadapan selepas Lovro Majer melambungkan bola buat Ivan Perisic yang berjaya melarikan diri daripada `pengawal’ Maghribi lalu menanduk ke tengah sebelum disambar Gvardiol yang melakukan aksi tandukan terbang menyebabkan bola menerjah gawang.

Namun Maghribi hanya mengambil masa dua minit untuk menyamakan kedudukan juga menerusi sepakan percuma ketika pemain Croatia, Majer cuba mengeluarkan bola tetapi tersilap hantaran kepada Achraf Dari, yang berseorangan dalam kotak penalti dan menanduk ke gawang.

Croatia menjaringkan gol kemenangan tiga minit sebelum rehat apabila Mislav Orsic menjaringkan rembatan melencong yang mengenai tiang lalu masuk gawang. Negara Balkan itu mempertahankan kelebihan itu tanpa sebarang tambahan gol pada babak kedua. – REUTERS

- Advertisement -