Tindakan sekatan Twitter: Erdogan bakal temui Musk

- Advertisement -

ANKARA: Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdogan bakal mengadakan perbincangan mengenai penapisan terhadapnya oleh bekas bekas pengurusan Twitter dengan Ketua Pegawai Eksekutif platform media sosial itu ketika ini, Elon Musk.

- Advertisement -

Erdogan dalam kenyataan pada Khamis (16 Dis) berkata, Türkiye mengikuti dengan teliti campur tangan oleh pengurusan Twitter sebelum ini mengenai ruang politik, lapor Anadolu Agency.

“Kami mengikuti dengan teliti isu-isu yang diketengahkan mengenai campur tangan pentadbiran Twitter sebelum ini dalam ruang politik. 

“Namun, saya sudah mengatakan bahawa saya tidak mempunyai pandangan yang sangat positif terhadap media sosial,” katanya kepada wartawan di atas pesawat presiden ketika dia pulang dari perjalanan ke Turkmenistan.

“Bukan kepada media sosial kita berhutang kejayaan kita dalam politik atau diplomasi,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 16/12/2022

- Advertisement -