Apa mungkin terjadi kepada industri penerbangan negara?

Chester Voo korban pertama Kerajaan Campuran PH-BN

- Advertisement -

PADA November 2019 Penarafan Keselamatan Udara Malaysia (Air Safety Ranking) telah diturunkan dari kategori 1 ke kategori 2 oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS). Kesannya adalah kepada usaha Kerajaan Malaysia dalam menjadikan semua lapangan terbang Antarabangsa terutamanya KLIA sebagai Hub Penerbangan Antarabangsa. Syarikat – syarikat Penerbangan Antarabangsa akan kurang menggunakan lapangan terbang dalam negara sebagai destinasi transit. Akibatnya semakin lesu dan tidak bermayalah KLIA dan lapangan Antarabangsa lain. 

- Advertisement -

Selain itu, penarafan ke kategori 2 ini juga menyebabkan syarikat penerbangan negara MAS tidak dapat beroperasi secara penerbangan terus ke Amerika Syarikat. Ini menyebabkan beberapa penerbangan langsung MAS ke Amerika Syarikat terpaksa dibatalkan. Ini menyebabkan MAS semakin kehilangan pasaran Antarabangsa. Siapa Menteri ketika ini? Jawapannya adalah YB Anthony Loke.

Selepas YB Dato Seri Wee Ka Siong mengambil alih jawatan Menteri Pengangkutan, perkara pertama dia buat adalah membawa masuk Chester Voo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) yang mengawal selia industri penerbangan negara. Chester Voo merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam industri penerbangan. Sebelum menyertai CAAM, Chester berkhidmat bersama Air Asia Sebagai Pengarah Operasi Penerbangan. Bermula dari Jun 2020 Chester Voo memulakan usaha memulihkan penarafan ini bagi menyelamatkan industri penerbangan negara yang berada dalam risiko besar.

Atas segala usaha CAAM di bawah kepimpinan Chester Voo, pada 1 Oktober 2022 pihak US FAA telah mengembalikan penarafan keselamatan udara Malaysia ke kategori 1. Penarafan ini sekali gus memulihkan kembali industri penerbangan negara dan juga industri pelancongan negara. MAS juga sudah kembali meneruskan penerbangan langsung ke Amerika Syarikat. 

Tanyalah siapa sahaja yang berada dalam industri penerbangan negara, nama Chester Voo tidak asing bagi mereka. Terkenal dengan usaha memacu CAAM dan industri penerbangan negara mengharungi pelbagai cabaran getir seperti penarafan keselamatan udara dan memandu industri penerbangan negara ketika kemelut COVID-19. 

Namun hari ini, Chester Voo telah meletakkan jawatan dan akan berkhidmat sehingga 31 Disember 2022. Ia merupakan satu kerugian besar kepada industri penerbangan negara. Apa sebenarnya berlaku dalam Kementerian Pengangkutan? Adakah terdapat usaha pihak tertentu yang mahu melihat CEO lantikan YB Wee Ka Siong ini meletakkan jawatan? Atau pakar industri tiada keyakinan terhadap kemampuan YB Anthony Loke memimpin sehingga memilih untuk meletakkan jawatan? Jawapannya hanya YB Anthony Loke sahaja yang tahu. 

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 15/12/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/650875906/posts/pfbid02ranZ6qJZhUGp3ctZN89qFuXZpxAFXmfaW1LHmqLeb1qk9wohGMmuq2LQsy7XoE9Sl/?sfnsn=mo&mibextid=ktaAd4

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -