Polis Greece serbu pejabat jualan perisian pengintip Israel

- Advertisement -

ATHENS: Polis Greece menyerbu pejabat Athens, syarikat yang didakwa menjual perisian pengintip Predator buatan Israel di negara itu yang didakwa digunakan dalam operasi pengawasan meluas oleh perkhidmatan perisikan Greece.

- Advertisement -

Akhbar harian Greece, Kathimerini dalam laporannya pada Selasa (13 Des) waktu tempatan melaporkan bahawa pejabat teknologi maklumat dan komunikasi dan penyedia sistem keselamatan elektronik, Intellexa dan Krikel adalah antara enam syarikat yang diserbu polis di ibu negara, kata akhbar harian Kathimerini.

Pendakwa raya yang mengarahkan serbuan itu bertindak berdasarkan bukti dan dokumen yang muncul dalam beberapa hari kebelakangan ini, termasuk dalam laporan dalam akhbar Sunday Documento, yang baru-baru ini menerbitkan dokumen yang menunjukkan bahawa berpuluh-puluh pemangku menteri, jeneral kanan, ahli perniagaan dan wartawan berada di bawah pengawasan Predator, lapor Kathimerini lagi.

“Ia juga difahamkan bahawa pihak pendakwa raya telah mengemukakan permintaan rasmi untuk dokumen daripada Perkhidmatan Perisikan Negara (EYP) bagi mengesahkan laporan media bahawa tokoh awam utama seperti Ketua Staf Umum Pertahanan Negara, Hellenic Konstantinos Floros turut berada di bawah pengawasan Predator,” ujar kenyataan pendakwa raya berkenaan.

Skandal pengawasan

Pada 8 Ogos, Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis mengakui bahawa ahli politik pembangkang, Nikos Androulakis telah dikesan terbabit dengan skandal pengawasan Predator oleh agensi perisikan Greece tetapi Androulakis menafikan mengetahui mengenai operasi berkenaan.

Skandal itu pertama kali muncul pada 4 Ogos tahun ini apabila Ketua Perkhidmatan Perisikan Negara (EYP), Panagiotis Kontoleon memberitahu jawatankuasa parlimen Greece bahawa agensi perisikan itu telah melakukan intipan terhadap wartawan kewangan,Thanasis Koukakis berhubung skandal berkenaan.

Pada 5 Ogos, Kontoleon dan Setiausaha Agung pejabat perdana menteri, Grigoris Dimitriadis telah meletak jawatan.

Siasatan parlimen dilancarkan selepas Androulakis mengadu kepada pendakwa raya tertinggi tentang percubaan untuk menggodam telefon bimbit miliknya dengan perisian pengintip Predator berkenaan.

Sebelum ini, Documento dalam laporannya pada 6 November lalu menerbitkan senarai 33 individu yang didakwa diintip oleh EYP atas arahan secara  langsung oleh Dimitriadis, yang termasuklah Menteri Luar,  Nikos Dendias; Timbalan Menteri Pertahanan, Nikolaos Chardalias; Menteri Pembangunan, Adonis Georgiadis; Menteri Buruh, Kostis Hatzidakis, Menteri Kewangan, Christos Staikouras; bekas Perdana Menteri, Antonis Samaras, bekas Menteri Ketenteraman Awam, Michalis Chrysochoidis; dan bekas Penasihat Keselamatan Negara, Alexandros Diakopoulos.

Akhbar harian yang sama mendakwa pada 3 Dis lepas bahawa EYP, yang beroperasi secara langsung di bawah Mitsotakis, juga melakukan intipan terhadap Ketua Staf Am, Konstantinos Floros; Panglima Angkatan Darat, Charalambos Lalousis; dan Pengarah Besar Pelaburan Pertahanan dan Persenjataan, Thodoris Lagios.

Susulan itu, pihak parti pembangkang telah menyalahkan Mitsotakis atas skandal itu dan menggesa kerajaan agarmengadakan pilihan raya mengejut, namun usul itu ditolak Mitsotakis.

Sementara, Suruhanjaya Eropah dan Parlimen Eropah memantau dengan teliti perkembangan berkaitan skandal itu. – HARAKAHDAILY 14/12/2022

- Advertisement -