Bantuan awal mangsa ribut Sg Karang Pantai

- Advertisement -

TUJUH rumah kediaman dan dua premis kedai rosak atap dilanda angin ribut. Kejadian yang berlaku di Sungai Karang Pantai selepas subuh awal pagi tadi turut menjejaskan bekalan elektrik. 

- Advertisement -

Ada rumah yang mengalami kerosakan yang agak teruk dan memerlukan pembaikan segera. Namun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menyukarkan keadaan. 

Saya turun ke lokasi bersama YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Indera Mahkota, untuk bertemu penduduk yang terjejas serta melihat keadaan dan keperluan selain menyampaikan sedikit sumbangan. 

Saya telah minta bantuan daripada Jabatan Amal Indera Mahkota untuk membantu kerja-kerja pembersihan kediaman dan kawasan sekitar. 

Pihak TNB sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bagi memulihkan bekalan elektrik. 

Terima kasih kepada Ustaz Azran Mamat, wakil Pusat Khidmat DUN Beserah, yang mendapatkan maklumat awal serta menyelaras komunikasi dan bantuan.

Sama-sama kita berdoa semoga cuaca buruk ketika ini tidak mendatangkan musibah yang besar kepada kita semua.

ANDANSURA RABU – HARAKAHDAILY 13/12/2022

- Advertisement -