Banjir: Khidmat Malaysia Pahang buka tiga zon operasi

Yohanis Ahmad
- Advertisement -

BANDAR JENGKA: Khidmat Malaysia Pahang telah bersiap siaga dalam menghadapi banjir dengan membuka tiga zon operasi iaitu di Lanchang, Kerdau dan Kuantan.

- Advertisement -

Pengarahnya, Yohanis Ahmad berkata, tiga zon operasi itu adalah yang asas.

“Jadi kalau berlaku banjir di Pahang, biasanya kita mengambil tiga zon ini sebab ia terputus.

“Kalau (banjir) di Bentong, nanti orang dari Kuala Lumpur boleh hantar barang ke Lanchang,” ” ujarnya ketika ditemui di Masjid Felda Jengka 9, dekat sini hari ini.

Menurutnya, bantuan dari Kelantan pula boleh dihantar ke Kerdau manakala dari Terengganu pula boleh dihantar ke Kerdau.

“Kalau petugas daripada luar pun akan ikut tiga zon ini, cuma zon nanti akan dipecahkan lagi.

“Kalau berlaku banjir di Temerloh kita buka satu lagi di Temerloh, tengok kepada keadaan,” ujarnya.

Katanya, berdasarkan pengalaman situasi banjir yang agak membimbangkan ialah di Bentong, Temerloh (Mertakab) dan sekitar pekan Chenor kerana lambat surut atau ‘banjir termenung’.

Tambahnya, mengikut pengalaman yang lepas-lepas, tenaga luar sangat penting seperti dari Selangor, Johor, Kelantan, Terengganu dan lain-lain yang sangat membantu dalam operasi membersihkan rumah mangsa banjir atau ‘ops cuci’.

“Tenaga cuci rumah ini tidak ramai orang mampu buat, hanya Khidmat Malaysia, tenaga-tenaga daripada Jabatan Amal akan bantu bersih rumah mangsa yang terlibat dengan banjir,” jelasnya yang juga ADUN Pulau Tawar.

Ini, katanya berdasarkan laporan-laporan yang dikeluarkan oleh penyelaras Khidmat Malaysia kawasan-kawasan khususnya di Kuantan, Maran, Temerloh, Mentakab dan Bentong.

“Itu kita punya perkhidmatan selain daripada menghantar bantuan makanan, dapur rakyat.

“Kita beri makanan kepada mereka yang nak balik ke rumah tapi tak sempat nak masak, jadi kita sediakan makanan, kita hantar kepada mereka dan bekerjasama dengan pusat penempatan sementara (PPS),” ujarnya lagi.

Menurutnya, di PPS, Khidmat Malaysia dan pemimpin PAS menghantar bahan makanan mentah berdasarkan keperluan.

Tambahnya, KHidmat Malaysia mempunyai tenaga yang biasa dengan misi bantuan banjir.

“Jadi mereka beringat juga tentang peralatan yang sesuai dipakai ketika banjir walaupun kita membantu mangsa banjir tapi life jacket, bot, kasut, sarung tangan, hand sanitiser semua ambil berat kerana kita tidak mahu berlaku kecederaan dan perkara yang tidak dingini,” katanya.

Beliau juga berpesan kepada mereka yang sering terlibat dengan banjir supaya mendengar arahan daripada pihak berkuasa.

Katanya, jika pihak berkuasa mengarahkan supaya berpindah, maka mereka perlu mengemaskan barang-barang yang perlu, dokumen penting dan pindah.

“Walaupun rumah kita ini dikategori sebagai terkepung tapi kita tidak boleh ambil sambil lewa, jadi kena pindah ke PPS yang disediakan,” tambahnya.

Yohanis juga difahamkan kini banyak PPS dibuka dan tidak menempatkan terlalu ramai mangsa banjir yang berpindah sebagaimana sebelum ini kerana tidak sesuai.

Tambah beliau, Khidmat Malaysia juga mempunyai kerjasama dengan Nadma dan JKM negeri-negeri selain daripada agensi-agensi seperti JPAM, Bomba, polis dan sebagainya.

“Kita sudah ada link dan kita bergerak bersama NGO-NGO yang lainlah.

“Maknanya Khidmat Malaysia ini selaraskan bantuan dari sudut tenaga luar yang dating.

“Kita tidak mahu tenaga luar yang membantu nanti mereka pergi dalam keadaan nak bersih rumah tapi tak tahu nak pergi mana, jadi kita akan selaraskan, kita akan salurkan ke mana mereka nak bertugas ke tempat yang sesuai,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/12/2022

- Advertisement -