Perjanjian dagangan China-Arab Saudi cecah RM128 bilion

Kerajaan Arab Saudi dan China kini melonjakkan hubungan diplomatik dua hala ke tahap baharu. (FOTO: AFP/Getty Images)
- Advertisement -

RIYADH: China dijangka menjalinkan perjanjian perdagangan terbaharu dengan Arab Saudi mencecah AS$29 bilion (RM128 bilion).

- Advertisement -

Ia adalah susulan kunjungan Presiden China, Xi Jinping yang tiba di Riyadh pada Rabu (7 Nov) waktu tempatan sebagai sebahagian daripada lawatan tiga hari ke Saudi.

Xi telah dijemput oleh Raja Salman untuk menghadiri sidang kemuncak Saudi-China di Saudi yang akan berlangsung sehingga 9 Dis ini.

Sidang kemuncak itu yang diketuai oleh Raja Salman, juga akan menyaksikan penyertaan Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Raja Salman di samping Xi Jinping di Riyadh, Arab Saudi. (FOTO: Brietbart)

Lawatan terbaharu Xi ke Saudi itu mencerminkan keinginan pemimpin kedua-dua negara untuk mengukuhkan hubungan dua hala, meningkatkan perkongsian strategik dan menyerlahkan potensi kerjasama politik dan ekonomi untuk memenuhi kepentingan bersama, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Dalam kunjungan selama tiga hari itu, Xi juga dilaporkan akan terlibat dalam mesyuarat yang bertumpu kepada perdagangan dan diplomasi dengan pegawai Saudi secara khusus, ditetapkan untuk menghasilkan berbilion-bilion dalam perjanjian ekonomi-perdagangan.

SPA melaporkan pada Selasa (13 Dis) bahawa Saudi menjangka menandatangani perjanjian ekonomi-perdagangan bernilai AS$29.26 bilion dengan China, atau kira-kira 100 bilion riyal Saudi.

Sementara menurut laporan Brietbart, Xi telah dikhabarkan merancang mengadakan lawatan ke Saudi sejak Ogos tahun ini, berikutan impak lawatan residen Amerika Syarikat, Joe Biden yang dilaporkan mengakibatkan Saudi memotong pengeluaran minyak negara itu sehingga menyebabkan berlaku kenaikan harga dan dilaporkan bercanggah dengan permintaan Biden untuk meningkatkan pengeluaran minyak dan dengan itu menurunkan harga sebelum pilihan raya separuh penggal AS pada Nov. 

Arab Saudi dan China sudah menjalinkan hubungan diplomatik yang kukuh sejak 32 tahun yang lalu. (FOTO: National Interest org.)

Selain Saudi memotong pengeluaran minyak secara individu, kartel minyak OPEC+  pula mengumumkan penurunan dramatik dalam pengeluaran sebanyak dua  juta tong minyak sehari pada bulan Okt.

Pentadbiran Biden bertindak balas terhadap keputusan OPEC+ dengan menuduh Saudi menyokong pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, yang menyinggung perasaan kerajaan Saudi dan menyebabkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky terpaksa mengeluarkan kenyataan umum sokongan untuk Putera Mohammed.

Xi yang tidak meninggalkan China sejak sebelum wabak Covid-19 China bermula pada 2020 hingga September tahun ini dilaporkan merancang untuk memanfaatkan hubungan diplomatik yang runtuh antara pentadbiran Biden dan keluarga diraja Saudi  itu untuk membawa ‘lonjakan hubungan dua hala China-Arab ke tahap baharu’. 

Sehubungan itu, SPA melaporkan Xi turut bersedia untuk menghadiri dua lagi persidangan, Sidang Kemuncak Kerjasama dan Pembangunan Teluk-China Riyadh dan Sidang Kemuncak Kerjasama dan Pembangunan Arab-China Riyadh semasa lawatannya tersebut.

Xi Jiniping ketika tiba di Riyadh pada tengah hari 7 Dis 2022. (FOTO: fmprc.gov.cn)

Ketiga-tiga sidang kemuncak itu akan memberi tumpuan kepada cara untuk meningkatkan hubungan bersama dalam semua bidang dan kerjasama ekonomi.

Dalam kenyataan sempena ketibaannya di Saudi, Xi berkata bahawa beliau amat berbesar hati untuk mengadakan lawatan negara sekali lagi ke  Saudi selepas enam tahun dan menghadiri Sidang Kemuncak China-Arab yang pertama dan Sidang Kemuncak pertama China dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC), sebagai tindak balas kepada jemputan baik Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud. 

“Saya dengan sukacitanya menyampaikan, bagi pihak kerajaan dan rakyat China, ucapan ikhlas dan ucapan selamat kepada kerajaan dan rakyat Arab Saudi yang penuh mesra.

“China dan Saudi mempunyai hubungan persahabatan, perkongsian dan persaudaraan yang rapat. Sepanjang 32 tahun yang telah berlalu sejak penubuhan hubungan diplomatik antara mereka, kedua-dua pihak terus bertukar persefahaman dan sokongan,” tambah Xi, yang turut menyebut bahawa ‘kepercayaan bersama yang strategik’, ‘kerjasama praktikal…(yang) telah membuahkan hasil dan keputusan dalam semua bidang’, dan ‘komunikasi dan penyelarasan yang rapat dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau’ antara kedua-dua negara.

Xi merujuk perkongsian strategik yang ditubuhkan pada 2016 antara Saudi dan China, yang katanya telah ‘memanfaatkan kedua-dua rakyat negra itu dan menyumbang kuat kepada Pemimpin dari GCC dan negara-negara Arab dijadualkan  akan menyertai acara yang diadakan di Saudi itu.menggalakkan keamanan, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan di rantau ini.

Beliau menambah: “Semasa lawatan saya kali ini saya akan berbincang dengan Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman mengenai hubungan dua hala yang mendalam dan isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama, dan kami akan bekerjasama untuk merancang pembangunan hubungan China-Saudi.”

Presiden China itu mengulangi bahawa dia tidak sabar untuk menghadiri pelbagai sidang kemuncak yang dijadualkan dan bekerjasama dengan GCC dan pemimpin-pemimpin Arab ‘untuk meningkatkan hubungan China-Arab dan hubungan China-Teluk ke tahap yang baharu’.

Dalam pada itu laporan SPA berkata, syarikat-syarikat Saudi dan China telah menandatangani 34 perjanjian pelaburan semasa lawatan Xi itu yang membabitkan sektor tenaga hijau, hidrogen hijau, tenaga fotovoltaik, teknologi maklumat, perkhidmatan awam, pengangkutan, logistik, industri perubatan, perumahan dan kilang pembinaan.

Perjanjian itu ditandatangani di hadapan Menteri Pelaburan Saudi, Khalid Al-Falih, dan wakil agensi-agensi kerajaan China dan Saudi yang berkaitan. – HARAKAHDAILY 8/12/2022

- Advertisement -