Perdana Menteri ditolak rakyat Padang Serai

- Advertisement -

HARI ini banyak komentar mengenai keputusan dua PRK di Kedah dan Pahang. Keputusan telah pun diketahui apabila PERIKATAN NASIONAL berjaya menang besar di Parlimen Padang Serai dan kalah tipis di DUN Tioman. Apapun ulasan keduanya, PN berjaya melonjakkan sokongan luar biasa khasnya di Parlimen Padang Serai. 

- Advertisement -

Dalam PRU lalu, PH menang besar dan bolehlah dianggap kubu mereka di Padang Serai. Tiga penggal PH melalui PKR menguasai Padang Serai namun runtuh berkecai dalam PRK selepas PRU15. Majoriti 16,260 adalah angka besar di waktu parti itu menjadi kerajaan. 

Tidakkah ini tanda nyata penolakan rakyat kepada PH yang menjadi kerajaan terutamanya PKR yang Presidennya adalah Perdana Menteri? Abaikan komen Mahfuz yang ‘tertelan racun tikus’ sebelum buat ulasan. 

Kekalahan ini setelah dua ‘gergasi’ politik PH yang mendominasi bukan-Melayu dan Umno yang kononnya mendominasi Melayu bercantum. Jika dicampur undi BN ketika itu diwakili MCA sebanyak 14,449 undi dengan PKR yang menang mendapat 31,724 undi pastinya majoriti 8,813 akan lebih berganda. Hakikatnya PH hanya meraih 35,377 berbanding PN 51,637.

Ia isyarat jelas yang harus diterima semua pihak khasnya berkaitan Kerajaan Campuran yang dibentuk. Bukan hanya Kerajaan Campuran malah Perdana Menteri juga ditolak melalui penolakan terhadap parti yang dipimpin. 

PRK yang berlaku pada hari kerja, tanpa ada cuti khasnya pengundi luar dan anak muda yang dibuktikan mengundi PN pun masih berjaya mengalahkan parti kerajaan dan Perdana Menteri. 

Ini petanda awal gelombang besar dalam enam PRN yang akan datang kurang dari setahun. Kemarahan orang Cina kerana menabalkan kluster mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemarahan penyokong Umno kerana melanggar ketetapan PAU menolak Anwar dan DAP serta mengkhianati perjuangan Melayu Umno selama ini. 

Keputusan ini besar ertinya di saat Anwar dan Kabinet luar tabiinya terus melaksanakan agenda luar tabii. Kerajaan berwatak pembangkang. 

Bagaimana pula kemenangan BN di Tioman? Saya akan ulas dalam posting berbeza agar ia tidak panjang lantas diabaikan oleh mereka yang malas membaca.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik Pesuruhjaya PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 8/12/2022

- Advertisement -