Isyarat jelas rakyat di Padang Serai – Sanusi

Sanusi (kanan) bersama Azman (tengah) selepas pengumuman kemenangan calon PERIKATAN NASIONAL itu bagi Parlimen Padang Serai Kedah dalam PRU15 padsa 7 Dis 2022.
- Advertisement -

ALOR SETAR: Kemenangan besar PERIKATAN NASIONAL di parlimen Padang Serai semalam memberi isyarat yang jelas daripada rakyat.

- Advertisement -

Menteri Bear Kedah Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kemenangan itu dengan majoriti 16,260 undi mengatasi lima calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Warisan, Pejuang dan Bebas.

“Tahniah saya ucapkan kepada orang Padang Serai,” katanya yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat dalam catatan di laman sosialnya.

Calon PN, Dato’ Azman Nasrudin berjaya menyekat penguasaan PKR di Padang Serai sejak 2008 dengan memperolehi 51,637 undi.

Beliau mengatasi lima calon lain dengan majoriti 16,260 undi. Calon Pakatan Harapan (PH) Mohamad Sofee Razak pula meraih 35,377 undi diikuti calon Barisan Nasional (BN) C Sivarraajh (2,983 undi).

Sementara calon Bebas, Sreanandha Rao (846 undi), Hamzah Abd Rahman (Pejuang – 424 undi dan calon Mohd Bakhri Hashim (Warisan – 149 undi).

Razman (lapan dari kanan) yakin dalam tempoh lima tahun akan datang, PN mampu menawan kerusi Parlimen Tioman.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria turut merakam ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pengundi di Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman yang menjalankan tanggungjawab mereka semalam.

“Alhamdulillah, sekali lagi saya ucapkan tahniah dan syabas kepada PN yang menang bergaya di Padang Serai biarpun PH dan BN mengumumkan untuk bergabung,” ujarnya.

Walau bagaimanapun katanya, di DUN Tioman calon PN, Nor Idayu Hashim tewas dengan majoriti tipis 573 undi kepada calon BN, Dato’ Seri Mohd Johari Hussain.

Mohd Johari memperolehi 8,080 undi, Nor Idayu (7,507 undi), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH – 784 undi). Dua lagi calon, masing-masing ialah Osman Bakar (Pejuang) dan Sulaiman Bakar (Bebas) hilang wang deposit.

Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol berkata, PN hanya tewas tipis kepada gabungan BN-PH di Tioman.

“Insya-Allah, PN mempunyai peluang lebih cerah lima tahun lagi untuk menawan (kerusi Parlimen) Tioman,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/12/2022

- Advertisement -