10,000 pemandu lori mogok diarah kembali bekerja

Anggota Gabungan Kesatuan Sekerja Korea Selatan mengadakan perhimpunan untuk menyokong mogok berterusan pemandu-pemandu lori di Uiwang, Korea Selatan pada 6 Dis 2022 (FOTO: AP)
- Advertisement -

SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan telah mengarahkan pemandu lori yang mogok dalam sektor bahan api dan keluli kembali bekerja pada hari ini (8 Dis) memandangkan insiden yang dilakukan oleh pemandu-pemandu lori itu sudah memasuki minggu ketiga.

- Advertisement -

Kementerian Perdagangan Seoul berkata, mogok dikatakan bermula pada 24 November lalu disebabkan isu pembayaran gaji minimun.

Keadaan ini menyebabkan kira-kira10,000 pemandu lori terbabit mengambil jalan mudah menangguhkan penghantaran barangan yang dianggarkan bernilai 3.5 trilion won (RM11.7 bilion) dalam tempoh 12 hari pertama, lapor AFP.

Tindakan yang dilakukan oleh pemandu-pemandu lori tersebut juga dikatakan telah mencetuskan kebimbangan tentang kesan ke atas rantaian bekalan global, yang sudah tegang akibat pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Menteri Kewangan Korea Selatan, Choo Kyung-ho dalam pada itu dilaporkan turut memaklumkan kepada mesyuarat kabinet hari ini bahaw kerajaan memutuskan untuk memperluaskan lagi perintah kembali bekerja.

Dalam pada itu, arahan yang dikeluarkan pada hari ini (8 Dis) oleh Presiden, Yoon Suk-yeol kepada pemandu-pemandu lori berkenaan dibuat selepas Seoul pada minggu lalu, mengarahkan pemandu trak simen yang mogok kembali bekerja memandangkan tindakan yang dilakukan oleh pemandu-pemandu itu telah mendatangkan bahaya kepada ekonomi negara. 

“Disebabkan mogok itu, penghantaran bahan keluli turun sebanyak 48 peratus berbanding biasa. manakala produk petrokimia hanya dihantar sebanyak 20 peratus daripada paras biasa.

“Ekonomi kita menghadapi krisis akibat penurunan eksport, inflasi, dan kadar faedah yang tinggi, kita tidak mempunyai masa dan tenaga untuk membazir pada konflik yang tidak perlu,” kata Choo,.

Pemandu lori yang gagal mematuhi perintah itu boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga 30 juta won (RM22,690) dan digantung lesen mereka.

Kesatuan Solidariti Pemandu Lori Kargo yang dianggotai 25,000 orang pula memberitahu AP bahawa ia sedang mengusahakan satu kenyataan sebagai tindak balas kepada keputusan kerajaan.

Memandangkan kenaikan harga bahan api, pemandu telah menuntut kerajaan Seoul menetapkan skim gaji minimum yang melibatkan kadar pengangkutan selamat dan kekal yang ditetapkan untuk tempoh berakhir pada tahun ini.

Kerajaan Seoul berkata pada bulan lalu, ia akan melanjutkan program itu selama tiga tahun tetapi pemandu-pemandu lori berkata lebih ramai daripada mereka akan terdedah kepada kerja berlebihan dan melibatkan risiko keselamatan tanpa jaminan gaji minimum kekal.

Kementerian Buruh Seoul sebelum ini mengumumkan bahawa Korea Selatan mencatatkan kadar kematian industri tertinggi untuk negara-negara kaya dari segi ekonomi kaya, dengan lebih 4,000 kematian dilaporkan dari tahun 2020 hingga tahun lepas (2021). – HARAKAHDAILY 8/12/2022

- Advertisement -