Maghribi menyingkirkan Sepanyol dari Piala Dunia dalam penentuan sepakan penalti peringkat 16 terakhir dengan pemain kelahiran Sepanyol, Achraf Hakimi, menjaringkan sepakan penalti selepas Sepanyol mensia-siakan ketiga-tiga percubaan mereka, selepas keputusan seri 0-0 dalam tempoh 120 minit.
Pemain produk sistem belia Real Madrid, Hakimi dengan tenang melakukan sepakan penalti menewaskan Unai Simon dalam gawang Sepanyol untuk memastikan kemenangan 3-0 Maghribi dalam penentuan sepakan itu.

Sepanjang 90 minit diikuti masa tambahan, Sepanyol memiliki kelebihan penguasaan bola, tetapi gagal mencipta banyak peluang untuk memecah kekebalan pertahanan Maghribi.
Maghribi mara ke pertembungan suku akhir menentang pemenang perlawanan antara Portugal dan Switzerland. – REUTERS.
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!