Cukai judi naik, sebab itu kutipan naik zaman PH?

- Advertisement -

OK KITA jawab.

- Advertisement -

Cukai naik dalam Bajet 2019. Naik banyak mana? 50 peratus? Atau naiklah 100 peratus pun, sebab dah lama tak naik. Yang tak naikkan itu BN, awek PH sekarang, bukan PAS.

2019: Cabutan 8 kali sahaja dan kutipan cukai jadi RM3.43 bilion, tahun,

2020: COVID-19, tak kira.

2021: Kerajaan benarkan cabutan naik jadi 22. Sini PH tak sebut, sama ada tak tahu atau buat-buat lupa. Tapi biasa buat-buat lupa:

1. PAS bantah, tapi Menteri Kewangan yang jadi Menteri PH sekarang, tetap dengan keputusannya.

2. Jawapan Timbalan Menteri Kewangan I, daripada 22 cabutan, 15 diberikan kelulusan. Tetapi, tujuh ditarik balik, so tinggal lapan cabutan sahaja sehingga September 2021.

3. Kutipan cukai 2021 hanyalah RM0.56 bilion sahaja berbanding RM3.43 bilion tahun 2019 zaman PH, dengan jumlah cabutan sama banyak lapan kali dan kenaikan cukai yang sama dikenakan oleh PH. Tiada penurunan cukai dilaksanakan.

4. Mana datang lagi lebihan RM2.87 bilion atau 500 peratus lebih itu zaman PH? Senang sahaja, cabutan 8, tapi jumlah nilai perjudian sangat besar zaman PH. Maka dapatlah RM3.43 bilion.

Sebab itu bila aku sebut jumlah besar cukai masa PH, berbelit kata sebab cukai naik. Habis apa makna cukai sama, cabutan sama, tapi jumlah cukai lebih 500 peratus zaman PH? Atau tauke judi derma duit lebih untuk Kerajaan PH sampai jadi RM3.43 bilion?

Peringatan khas:

1. 3 buah negeri yang PAS berkuasa penuh telah mengharamkan aktiviti judi di negeri masing-masing

2. DAP mengugut rakyat Melaka supaya jangan mengundi PAS kerana nanti PAS akan menutup kedai judi.

*Sila rujuk turutan laporan akhbar dan Hansard Parlimen bagi kesahihan.

MOHD NASIR ABDULLAH
7 Disember 2022 – HARAKAHDAILY 7/12/2022

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -