Surat terbuka kepada seluruh warga DUN Tioman

- Advertisement -

Dari Pontian pergi ke Maran,
Singgah sekejap di Bandar Kuantan,
PERIKATAN NASIONAL membawa slogan,
Saya Idayu Hashim calon PN DUN Tioman.

- Advertisement -

Apa khabar anak muda dan seluruh warga DUN Tioman?

Saya doakan kalian diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam segala urusan.

Tempoh berkempen sudah hampir berakhir. Jauh dari sudut hati, saya ingin kongsikan pengalaman suka dan gembira yang tak terhingga sepanjang saya bertemu dengan semua.

Tidak salah saya katakan, pengalaman selama dua minggu berkempen ini menjadi pengalaman terindah dalam hidup saya.

Tanpa mengira bangsa dan usia, saya disambut dengan penuh ceria. Dihiasi senyum dan tawa cukup membuatkan pasukan saya terus bersemangat bertemu empat mata dengan semua.

7 Disember 2022 ini merupakan hari penentu menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang difikirkan sesuai untuk berkhidmat dan memandu rakyat.

Dengan penuh rendah diri saya mohon semua turun mengundi calon PERIKATAN NASIONAL sebagai pilihan untuk membina masa depan DUN Tioman, Negeri Pahang dan Malaysia yang lebih sejahtera.

Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki andai sepanjang kempen ini ada perasaan yang terluka dan ada kata-kata yang mengguriskan hati. Sesungguhnya, saya juga insan biasa yang tidak terlepas dari kesilapan dan kekhilafan.

Insyallah, saya berazam jika diberikan kemenangan untuk mencurahkan bakti sedayanya dan memandu masyarakat DUN Tioman kepada redha Allah.

Kepada Allah saya menyerahkan urusan ini. Kepada penyokong dan pendukung PERIKATAN NASIONAL, banyakkan berdoa dan bermunajat. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Merancang.

Saya akhiri dengan serangkap pantun yang direka khas untuk warga DUN Tioman yang saya kasihi.

DUN Tioman tetap di hati,
Warganya baik dan dibanggakan,
Saya memohon sepenuh hati,
Pilihlah PERIKATAN NASIONAL untuk masa depan.

Salam ukhwah daripada saya,
Idayu Hashim.

CALON NO 1 DUN N.42 TIOMAN
PERIKATAN NASIONAL(PN) | ✖️
UNDILAH SAYA
PRIHATIN & BERKEBAJIKAN
BERKAT • MAKMUR • SEJAHTERA
BERSIH & STABIL | BEST – HARAKAHDAILY 6/12/2022

- Advertisement -