Sokongan kepada PN tidak berkurang, BN gelabah

- Advertisement -

ROMPIN: “Alhamdulillah kita melihat di awal penamaan calon dan sehinggalah kepada hari ini, sokongan, respons masyarakat terhadap PERIKATAN NASIONAL (PN) begitu hebat tidak menampakkan walau sedikit kekurangan,” kata Ustaz Rosli Abdul Jabar.

- Advertisement -

Sebaliknya, ujar beliau BN khususnya dilihat menggelabah dan kelam kabut sehingga pemimpin mereka terpaksa menyerahkan geran tanah kepada 102 orang penerima di Felda Selendang, semalam.

“Kita telah mendapat maklumat beserta dengan gambar dan sebagainya, mereka turunkan geran tanah di Felda Selendang kepada seramai 102 orang penerima,” ujarnya ketika berucap pada majlis ceramah di Bandar Baru Rompin, malam tadi.

Begitu juga, katanya menteri besar mengeluarkan kenyataan menurunkan harga tambah feri ke Pulau Tioman sebanyak 50 peratus.

“Kita melihat ini adalah satu tindakan yang dilakukan khususnya apabila mereka melihat PERIKATAN NASIONAL begitu kuat, gagah,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur.

Menurutnya, kekuatan PAS yang menyertai PERIKATAN NASIONAL pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dahulu mendapat lapan kerusi tetapi kali ini  meningkat kepada 17 kerusi DUN.

Katanya, belum pernah ada dalam sejarah Umno BN mencatat rekod paling kuat di dunia selepas PRU14.

“Rupanya tidak lama, sudah setahun dia pegang ketika mana BN boleh dikatakan seluruh Malaysia kalah, cuba difahamkan BN paling tinggi ada kerusi DUN sebanyak 25 kerusi, mereka berbangga sekejap.

“Masuk PRU15 daripada 25 kerusi mereka hanya tinggal 16 kerusi,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, apabila PERIKATAN NASIONAL memperolehi 17 kerusi DUN pada PRU15, pemimpin BN menggelabah yang memberikan geran tanah.

“Selama ini mereka janji kepada rakyat mereka tidak bagi, tetapi dengan sebab kekuatan PN maka mereka keluarkan geran tanah kepada rakyat yang selama ini mereka pendam, ertinya mereka boleh bagi,” katanya.

Beliau berkata, rakyat di DUN Tioman bukan hanya 102 orang sahaja tetapi berjumlah ribuan yang masih ramai tidak mendapat tanah.

Sehubungan itu, ujarnya pada 7 November ini rakyat semua perlu mengundi PN.

“Apabila kita menang lebih besar, insya-Allah mereka akan bagi lebih banyak lagi geran tanah kepada rakyat Tioman.

“Cara dia kita kena lebih kuat, besar kemenangan kita maka mereka tidak ada cara melainkan mereka terpaksa bagi juga geran-geran tanah khususnya kepada pengundi-pengundi Tioman.

“Kita kena faham yang selama ini mereka pendamkan geran tuan puan sekalian. Jangan lupa pada 7 November jangan lupa kita undi PN, insya-Allah.,” ujarnya lagi.

PERIKATAN NASIONAL mengetengahkan Nor Idayu Hashim pada PRU15 DUN Tioman yang menghadapi saingan daripada penyandang daripada BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain, Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Sulaiman Bakar (Bebas)

Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan mengandungi 28,465 pemilih terdiri daripada 28,200 pengundi biasa, 262 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. – HARAKAHDAILY 6/12/2022

- Advertisement -