Sahar tinjau lokasi lantai konkrit runtuh

- Advertisement -

SANDAKAN: Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid telah meninjau lokasi lantai konkrit runtuh di Pasar Elopura Batu 1, Sandakan pagi tadi.

- Advertisement -

Tinjauan dibuat bertujuan untuk menyampaikan aduan pengguna di pasar berkenaan kepada pihak berwajib.

“Saya akan bawa aduan ini kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan memastikan akan ada tindakan sewajarnya diambil bagi tujuan keselamatan pengguna pasar berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi runtuhan.

Difahamkan sudah banyak pihak yang telah membuat aduan tetapi belum ada tindakan yang telah diambil oleh pihak MPS.

Tambahnya yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan, pihak MPS perlu turun melihat sendiri keadaan lantai yang sangat membimbangkan dan membuat kerja-kerja pembaikan dengan kadar yang segera.

Seorang pengguna pasar berkenaan yang dikenali dengan nama Chin menzahirkan kekesalan terhadap isu yang tidak diselesaikan.

“Saya tidak tahu mahu cakap apa lagi, banyak sudah orang datang tapi begini juga. Harap kamu bolehlah tolong selesaikan,” katanya ketika ditemui.

Turut hadir ialah Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Sandakan, Isaac Wong Kah Kiet. – HARAKAHDAILY 6/12/2022

- Advertisement -