Respons terhadap PM isu tender projek tebatan banjir

Dato Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
- Advertisement -

SEBAGAI Menteri Kewangan, saya yakin beliau mengetahui bahawa rundingan terus kepada projek tebatan banjir yang perlu disegerakan, bukanlah satu kesalahan perolehan.

- Advertisement -

Selain Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), semua proses kawal selia prosedur kewangan mestilah diteliti secara ketat mengikut tatacara, prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Sebagai Perdana Menteri, beliau tidak sepatutnya mengganggap semua projek melalui tender rundingan terus sebagai tidak teratur dan wujud pihak yang mencari kesempatan.

Beliau tahu banyak projek kecemasan perlu disegerakan bagi mengurangkan bencana lebih besar dan kerugian lebih banyak.

Ia mestilah terpaksa dilakukan melalui kaedah runding terus atau tander terpilih khususnya yang melibatkan bencana seperti banjir, empangan pecah, tanah runtuh dan lain.

Namun, sekali lagi saya tegaskan ia mesti mematuhi prosedur kewangan yang ditetapkan.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
6 Disember 2022 – HARAKAHDAILY 6/12/2022

- Advertisement -