Dana p’raya PN: PAS tuntut Anwar beri bukti

Dato' Seri Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR: PAS amat kesal dengan tuduhan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan (PH), Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang membayangkan kononnya dana pilihan raya PERIKATAN NASIONAL datang daripada syarikat perjudian.

Advertisement

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan tuduhan tersebut langsung tidak berasas.

“PAS menuntut Perdana Menteri PH memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar tersebut jika ada,” ujarnya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, sekiranya gagal PERIKATAN NASIONAL akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak-pihak yang memfitnah. – HARAKAHDAILY 6/12/2022